6 Perpustakaan dan Kedai Buku Menarik Wajib Lawat di Korea Selatan

Nurul Atikah Sarji

1/31/2024

library_(1).png

Budaya membaca sememangnya tidak asing lagi bagi warga Korea Selatan yang menjadikan Seoul sebagai salah kota yang sempurna untuk individu yang gemar membaca buku. Selain daripada menawarkan kawasan yang sangat cantik untuk mengambil gambar, kebanyakan perpustakaan atau kedai buku di Korea Selatan juga menyediakan kafe yang sangat menarik.

Memang benar kebanyakan buku di perpustakaan di sini menawarkan buku dalam Bahasa Korea, namun jangan risau kerana kebanyakan perpustakaan ini juga menawarkan buku dalam Bahasa Inggeris.

Jom kita ketahui enam perpustakaan atau kedai buku yang menarik di Korea Selatan:

library_-_starfield.png

Starfield Library

Salah satu tarikan buat pecinta buku di Korea Selatan ialah anda boleh mengunjungi Starfield COEX Mall, yang merupakan salah satu lokasi paling popular di Seoul dan merupakan salah satu perpustakaan tercantik di dunia. Perpustakaan ini mempunyai rak buku yang sangat besar, setinggi 13 meter ataupun bersamaan 43 kaki! Sangat tinggi. Perpustakaan ini meliputi lebih daripada 2,800 meter persegi yang memuatkan lebih daripada 50,000 buku dan majalah.

Walaupun kebanyakan buku di sini merupakan buku yang ditulis dalam bahasa Korea, namun begitu terdapat satu bahagian yang didekasikan kepada judul-judul asing dan penulis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Alamat: B1, 513 Yeongdong-daero, Gangnam-gu, Seoul (COEX Mall)

library_-_arc_n_book.png

Arc N Book

Suka mengambil gambar yang estetik dan ‘Instagramable’? Anda boleh mengunjungi Arc N Book, yang merupakan sebuah kedai buku yang mempunyai atmosfera yang selesa di samping seni bina yang indah.

Di sini, anda boleh melihat lorong buku yang menyerupai di filem fantasi Harry Potter. Selain itu, kedai ini menyediakan lebih daripada 30,000 buku yang kebanyakkan dalam bahasa Korea tetapi jangan risau kerana mereka juga mempunyai jumlah buku bahasa Inggeris yang banyak. Selain itu, kedai buku ini menyediakan tarikan pelbagai restoran antarabangsa dan juga kafe yang menyediakan kopi kegemaran anda.

Alamat: 29 Eulji-rom Euljiro 1 (il)-ga, Jung-gu, Seoul

library_-book_park.png

Book Park

Terletak di kawasan Yongsan Itaewon, Book Park merupakan sebahagian daripada Blue Square, sebuah dewan seni persembahan yang dibina oleh Interpark. Ia dicipta dengan konsep “tenang seperti membaca di taman”. Mempunyai lebih daripada 100,000 buah buku, kebanyakan buku adalah dalam kategori seni dan sains. Malah kedai ini merupakan tempat untuk seminar buku kerana mempunyai dewan konferensi yang besar. Kedai buku ini menjual pelbagai aksesori, alat tulis bahkan peralatan untuk dekorasi.

Kedai buku dua tingkat ini juga memiliki kafe mereka sendiri iaitu Holly’s Coffee yang merupakan salah satu jenama kopi yang terkenal di Seoul. Selain itu, anda boleh menikmati kopi sambil meminjam buku kerana tempat ini mempunyai 200 tempat duduk yang tersedia untuk pengunjung.

Alamat: Yongsan-gu, Hannam-dong, Itaewon-ro, Seoul

library_-_book_by_book.png

Book by Book

Terletak di Gwanghwamun, Book by Book menawarkan pengunjung untuk membaca buku sambil membaca, Tempat ini sangat popular bagi kalangan pekerja yang bekerja di kawasan yang berdekatan. Selain itu, kedai buku ini juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menjadikan pengunjung bukan hanya boleh membaca buku sahaja di sini, tetapi juga dapat melakukan pelbagai aktiviti lain.

Alamat: 1F, 5-19 Saemunan-ro 5-gil, Jongno-gu, Seoul

library_-_naver.png

Naver Library

Terletak di sebuah lobi pejabat, perpustakaan ini sangat menarik kerana mempunyai reka bentuk yang indah di samping mempunyai genre buku-buku yang unik. Walaupun terletak di lobi pejabat, namun sesiapa sahaja boleh mengunjungi perpustakaan ini dengan hanya membawa kad pengenalan diri. Berbeza dengan perpustakaan lain, semua rak buku di sini mempunyai pokok yang ditanam di atas rak paling atas.

Kebanyakan buku dalam perpustakaan dini merupakan buku yang berkaitan dengan reka bentuk dan teknologi. Anda boleh membaca pelbagai ensiklopedia, buku teknologi dan hampir 250 jenis majalah dari seluruh dunia. Selain itu, perpustakaan ini juga menyedia kafe untuk pengunjung menikmati secangkir kopi sambil membaca.

Alamat: NAVER Green Factory, 6 Buljeong-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi Province, Seoul

library_-_.png

Seoul Book Repository

Merupakan sebuah kedai buku terpakai awam yang pertama di Seoul, kedai buku yang berkeluasan 1,400 meter persegi mempunyai reka bentuk dalaman yang sangat menarik. Menghimpunkan lebih daripada 120,000 buku yang disusun kemas di atas rak, anda boleh berkeliaran di sekitar kedai buku ini sambil mengambil pelbagai gambar yang menarik sebagai memori.

Alamat: Ogeum-ro 1 Songpa-gu, Seoul

Ha, dah tahu enam perpustakaan atau kedai buku menarik di Seoul, jadi tunggu apa lagi, jom kita menerokai kota Seoul bersama IKHLAS Travel.