5 Tempat Menarik Hiking di Lembah Klang
Nurul Atikah Sarji
5/15/2024

Hiking (aktiviti sukan mendaki bukit) sememangnya menjadi trend sejak dulu untuk kita semua yang sukakan aktiviti lasak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini kerana, aktiviti ini memberikan impak positif kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi seseorang.
Aktiviti ini melibatkan seseorang itu berjalan jauh dan menaiki bukit sememangnya memperbaiki aliran darah serta menguatkan jantung serta paru-paru.
Aktiviti ini juga sering menjadi kesukaan anak muda terutamanya bagi mereka yang bekerja di kota. Bayangkan, apabila anda sangat sibuk akan urusan kerja dan pada hujung minggu anda melakukan aktiviti mendaki sambil melihat keindahan alam. Sudah tentu ini merupakan satu aktiviti yang dapat menyegarkan minda anda.
Jom kita ketahui 5 tempat menarik sesuai untuk anda hiking di sekitar Lembah Klang!

1. Bukit Gasing, Petaling Jaya
Tak perlu jauh-jauh, buat nature lovers, anda boleh melakukan aktiviti hiking di Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya. Dengan ketinggian 160 meter, anda boleh melihat pengunjung dari lapisan umur.

2. Bukit Broga, Semenyih
Salah satu kawasan yang sering dikunjungi buat hikers di Selangor ialah Bukit Broga. Terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Bukit Broga ini juga dikenali sebagai Broga Hills. Buat ‘beginner hikers’, bukit ini sesuai untuk anda. Pemandangan yang penuh menghijau menjadi tarikan para pendaki tidak kira yang datang dari Selangor mahupun juga luar kawasan.

3. Bukit Batu Chondong, Kemensah
Dengan ketinggian sehingga 260m, anda boleh mendaki bukit ini untuk menikmati pemandangan yang tinggi yang cukup menggayatkan. Berbeza dengan kawasan lain, anda boleh bermandi-manda di air terjun yang sangat segar dan indah. Namun begitu, anda perlu menyiapkan persediaan mental dan fizikal yang cukup baik kerana anda perlu mendaki lebih daripada dua jam untuk sampai ke puncak.

4. Bukit Batu Rawang,Bypass, Rawang
Ingin menikmati pemandangan jalan raya dari atas? Jom kita mendaki di Bukit Batu Rawang, Bypass yang terletak di Rawang. Dengan memakan masa selama 30 minit, anda digalakkan untuk membawa sarung tangan kerana di sini sesetengah trek agak licin dan memerlukan anda untuk berpaut pada tali yang disediakan.
_Kepong_.png)
5. Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong
Buat ‘hikers’, pasti kawasan ini sangat seronok buat anda semua kerana hutan ini mempunyai pelbagai tarikan selain daripada jungle trekking. Untuk masuk ke sini, anda cuma perlu membayar RM5 saja. Di sini, anda boleh merentasi Bukit Beruang dan juga Bukit Nolang.
Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua dan selamat berhiking!