11 Aktiviti Menarik di Nami Island, Korea Selatan!

Hanan Latip

10/3/2024

Republik Naminara, Namiseom atau Nami Island yang terletak di Chuncheon, Gangwon. Jika anda berada di Seoul, ianya mengambil masa 23 minit dengan jarak 24km menggunakan kereta. Tetapi, kenapa Pulau Nami ini popular ya? 

Nami Island terkenal dengan kawasan hutan, laluan berjalan di tepi sungai dan lorong yang dibarisi pokok yang indah, seperti Lorong Pokok Pine Korea Tengah, tarikan utama yang membawa anda ke kawasan utama pulau. Di sini jugalah anda dapat melihat Ginkgo Tree Lane oren kekuningan yang cantik! yang menakjubkan. Jom ketahui 11 aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Nami Island!

Pertama sekali anda perlukan peta Nami Island! Anda boleh dapatkan di sini.

11_Aktiviti_Menarik_di_Nami_Island!_(2).png

1. Zip Wire 

Zip_Wire.jpg
Kredit Foto: Klook

Tiba saja ke Nami Island, anda boleh memilih menggunakan Zip-Wire untuk sampai ke pulau ini dalam beberapa detik dengan jarak sejauh 80m dengan kelajuan 80km sejam! Dari padangan atas, anda berpeluang untuk melihat kawasan Sungai Bukhan yang indah, anda boleh memasuki Nami Island sambil mengambil udara yang menyegarkan.

2. Feri

11_Aktiviti_Menarik_di_Nami_Island!_(5).png

Cara kedua untuk anda ke Nami Island ialah dengan menaiki feri! Lebih tenang dan mendamaikan. 

3. Berbasikal

sky_bike.jpg
Kredit Foto: Laugh Travel Eat

Bagi memudahkan anda bergerak bebas di Nami Island, anda boleh sewa basikal atau scooter elektrik di Bike Center. Mereka menyewakan basikal yang sesuai untuk pelancong yang memilih single, couple, family-serve, electric tri-way dan sky bike yang berharga bermula 4,000 Won hingga 18,000 Won.

4. Bersiar-siar

11_Aktiviti_Menarik_di_Nami_Island!_(3).png

Tak sah rasanya jika tidak bersiar-siar di sekitar Nami Island yang sememangnya indah dan cantik seperti di kawasan Central Red Pine Road, Metasequoia Road, Songpa Ginkgo Road, Baekpungmilwon Maple Garden, Ostrich Village, Puncak Dodamsambong Nami Island, Mercu Tanda Winter Sonata. 

Tonton Korea Winter Trip ikhlas.com Travel ke Nami Island!

1. Aktiviti dan Program

Jangan lepaskan peluang untuk membuat aktiviti bersama-sama keluarga seperti yang kami kongsikan di bawah: 

  • Nami Island Handcraft Studio
  • Picture Book Library
  • Nami EcoSchool
  • Greenshop Hands-on Learning Centre

2. Festival dan Pameran

Bagi yang tidak tahu, di Nami Island juga anda dapat menonton acara kebudayaan yang dibuka sepanjang masa! 

  • The Song Museum
  • Nami Concours
  • Hasil kerja daripada ahli seni antarabangsa
  • Persembahan mingguan

3. Aktivti Lasak

Tidak lengkap rasanya jika datang ke kawasan kehijauan jika tidak dapat lakukan aktiviti lasak. Pelancong boleh datang ke Forest Adventure TreeGo & TreeCoaster seperti untuk bermain zipline, TreeCoaster, trampoline, buaian dan barrels.

4. Electric Car-Tour Bus

Jika anda ada berkesempatan,naiklah Electric Car-Tour Bus kerana ada pemandu pelancong yang akan bersama-sama anda mengelilingi Nami Island selama 20 minit. Dari tempat turun feri di Nami Island, anda akan nampak bas ini. Mudah bukan? Bagi sesiapa yang berminat, tiket bas ini berharga 5,000 Won seorang.

5. Unicef Charity Train

unicef_charity_train.jpg
Kredit Foto: Visit Korea

Unicef Charity Train pula akan bergerak di antara The Song Museum ke stesen pusat di dataran utama pulau hanya dengan 3,000 Won seorang untuk trip sehala. 

Kopi dan Hotteok 

11_Aktiviti_Menarik_di_Nami_Island!_(4).png

Di sini ada dijual kopi dan hotteok yang berbentuk orang salji yang anda boleh makan sebagai alas perut. Tidak salah mencubanya bila datang ke negara orang bukan? 

Makanan Halal 

11_Aktiviti_Menarik_di_Nami_Island!_(1).png

Di Nami Island, ada 2 kedai makanan halal yang akan menjadi pilihan mengunjung beragama Islam iaitu Asian Family Restaurant & Yeonga Lunch Box. 

 

Di sini anda boleh dapatkan fasiliti yang lain seperti:

11_Aktiviti_Menarik_di_Nami_Island!_(6).png

  • Maklumat pelancongan
  • Tandas
  • First-aid
  • Loker
  • Pentas
  • Money exchange
  • Mesin ATM
  • Kawasan merokok
  • Bilik persalinan (majlis perkahwinan)
  • Nursing room
  • Dewan pameran
  • Sewa kereta sorong & kerusi roda
  • Restoran dan kafe 
  • Musolla

Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan berdekatan dengan Nami Island: 

  • Gapyeong Rail Park
  • The Garden of Morning Calm
  • Petite France

Kini melancong ke Korea Selatan semakin mudah, terutamanya bagi pelancong Muslim, kerana banyak pilihan sumber makanan halal dan pakej mesra Muslim yang ditawarkan oleh ikhlas.com Travel yang menyediakan pelbagai pakej percutian yang bukan sahaja mesra Muslim tetapi juga berpatutan. Selain itu, anda tidak perlu risau mengenai makanan, kerana banyak restoran halal telah mula dibuka di sekitar bandar-bandar utama di Korea.

ikhlas.com Travel juga menyediakan perkhidmatan seperti lawatan yang meliputi tempat-tempat menarik di pelbagai destinasi, serta bimbingan dan maklumat yang sesuai untuk pelancong Muslim, menjadikan perjalanan lebih selesa dan mudah. Dengan adanya pakej mesra Muslim, pelancong boleh menikmati keindahan Jepun tanpa risau tentang keperluan makanan halal dan tempat juga waktu solat.

BACA:

2 Langkah Semak Makanan Halal di Korea Selatan

[Tanya Ustaz] 4 Tanda-tanda Pasangan Anda Kena Sihir Pemisah

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah