[Tanya Ustaz] Ungkapan 'Kamu Tercerai Jika Keluar dari Rumah Ini' Adakah Jatuh Talak?

Nurul Atikah Sarji

6/26/2024

[Tanya_Ustaz]_Ungkapan_Kamu_Tercerai_Jika_Keluar_dari_Rumah_Ini_Adakah_Jatuh_Talak.png

Talak merupakan satu istilah dalam hukum Islam yang merujuk pada perceraian atau pemutusan hubungan pernikahan oleh suami terhadap isterinya. Dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 230, menjatuhkan talak dibolehkan dalam Islam, tapi hal itu termasuk ke dalam perbuatan yang dibenci Allah SWT.

Oleh hal yang demikian, proses untuk menjatuhkan talak terhadap isteri haruslah berhati-hati dan tidak boleh tergesa-gesa hanya kerana dalam keadaan marah. 

Proses jatuhnya talak hanya ditandai dengan ucapan daripada suami kepada isterinya yang memenuhi syarat dan rukun syarat, contohnya dengan cukup melafazkan “saya ceraikan kamu” ataupun kalimat lain yang membawa maksud yang sama. 

Terdapat beberapa jenis talak yang perlu diketahui iaitu: 

Talak Raj'i: Talak yang memungkinkan suami untuk merujuk kembali kepada isterinya selama masa iddah (masa tunggu setelah talak), tanpa memerlukan akad nikah baru.

Talak Bain Sughra: Talak yang memutuskan hubungan pernikahan, tetapi memungkinkan mereka untuk menikah lagi dengan akad nikah baru.

Talak Bain Kubra: Talak yang memutuskan hubungan pernikahan secara kekal dan tidak memungkinkan mereka untuk menikah lagi kecuali isteri telah menikah dengan orang lain dan telah bercerai.

Terdapat dua proses talak iaitu:

1. Talak dengan kata-kata: Suami menyatakan secara verbal atau tertulis bahawa beliau menceraikan isterinya. 

2. Talak dengan tindakan: Dalam beberapa kes, tindakan tertentu boleh dianggap sebagai talak, walaupun ini lebih jarang terjadi dan memerlukan bukti yang kuat. 

Namun demikian, talak sebenarnya boleh dilakukan secara langsung atau secara ta’liq. Talak ta’liq bermaksud suami menggantungkan talak kepada isterinya dengan terjadi sesuatu sifat atau syarat yang dikaitkan dengan isteri atau orang lain. Sebagai contoh, suami menggantungkan jatuh talak isterinya dengan terjadi sesuatu sifat atau syarat yang dikaitkan dengan isteri atau orang lain. 

Justeru, adakah ungkapan "Kamu Tercerai Jika Keluar dari Rumah Ini" Adakah Jatuh Talak?

Menurut pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, jika ungkapan ini dilafazkan dan isteri keluar juga daripada rumah, maka telah jatuh talak ke atas isteri tersebut. 

Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud 

“Orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang mereka tetapkan.” - Hadis Riwayat al-Hakim

Baca artikel lain di ikhlas.com:

Kebenaran di Sebalik 'Ipar Adalah Maut' Berdasarkan Sumber Hadis

4 Lokasi Mesti Lawat di Sekitar Gunung Fuji!

8 Tip Elak Kena Tipu dengan Agensi Pelancongan