Semak Arah Kiblat Anda Pada 15 Julai Ini

Hanan Latip

7/12/2024

Pada kali ini kami berpeluang untuk menemu bual pegawai dari Unit Falak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Encik Muhammad Saidul bin Marjuni dan Encik Mustaqim bin Mohamed mengenai arah kiblat dan Fenomena Istiwa A'dzam yang berlaku pada hari ini, 15 Julai 2024.

Perkhimatan penentuan arah kiblat di bawah Jabatan Mufti Wilayah akan diberikan kepada jabatan-jabatan kerajaan, swasta, hotel, surau, masjid, stesen minyak dan mana-mana tempat awam yang berada di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ujar Encik Saidul. Rata-rata dalam setahun mereka akan mendapat 300-400 jumlah permohonan dari pihak yang disebutkan di atas.

Semak_Arah_Kiblat_Anda_Pada_15_Julai_Ini_1.png

Pada tahun ini, Fenomena Istiwa A'dzam akan berlaku pada 15 Julai 2024, Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H - 5:27 PM (waktu Malaysia). Anda berpeluang untuk semak arah kiblat menggunakan Jadual Arah Kiblat Lintasan Matahari Tahun 2024.

Apa Itu Peristiwa Istiwa A'dzam?

Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Panduan Semakan Arah Kiblat

  1. Lakukan semakan di premis atau kediaman rumah masing-masing.

  2. Semak arah kiblat mengikut waktu yang dicadangkan iaitu pukul 5.27pm.

  3. Pastikan anda rujuk waktu yang tepat berdasarkan waktu Malaysia di (mst.sirim.my)

  4. Gunakan objek yang tegak dan lurus seperti tiang dan sebagainya.

  5. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut menunjukkan arah kiblat.

(Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Rujuk video bagi memahami Panduan Semakan Arah Kiblat

Fenomena_Istiwa_.jpg

Setelah selesai menanda dan menyemak arah kiblat, anda boleh menyemak semula arah kiblat sedia atau membuat semakan menggunakan aplikasi ikhlas.com di  Apple App Store dan Google Play Store.

Semak_Arah_Kiblat_Anda_Pada_15_Julai_Ini.png

Klik pada Qiblat dan pastikan on location bagi memudahkan aplikasi ini mencari dan menentukan arah kiblat dengan tepat.

Nota: Pastikan anda jauhkan telefon dari sebarang peralatan bagi mengelakkan gangguan magnet di kawasan persekitaran.

Fenomena yang berlaku hanya bertujuan untuk semak arah kiblat yang berada di premis atau rumah dan bukan memberi makna kiblat telah berubah. Jika kiblat anda berubah selepas disemak, ini bermakna kiblat di rumah atau premis sedari awal sudah salah.

Dalam menentukan arah kiblat, ada beberapa cara dan kelengkapan yang digunakan. Antaranya:

1) Kaedah cerapan matahari dengan menggunakan peralatan total station.

2) Kaedah bayang matahari dengan membuat garisan bayang matahari dan tandakan azimuth serta membuka bearing kiblat

3) Kaedah bacaan bearing bangunan / pelan lantai bangunan. Kaedah ini akan digunakan apabila cuaca dalam keadaan tidak baik seperti hujan kerana ketika itu tidak mempunyai cahaya matahari yang cukup.

Dengan fenomena Istiwa A'dzam yang berlaku, diharapkan anda semua dapat memperbetulkan arah kiblat dan kiblat itu akan betul sampai-bila-bila.

Penentuan_Arah_Kiblat_Wilayah_Persekutuan.jpeg

Untuk mendapatkan khidmat semak arah kiblat anda boleh hubungi nombor di atas atau mengisi borang permohonan Sistem eKiblat jika berada di kawasan Wilayah Persekutuan dan premis tersenarai di dalam poster di atas.