Barang Tak Dipakai Patut Dibuang? Adakah Ia akan Dihisab?

Ayu Nadirah

5/11/2024

Sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat kini yang suka membeli barangan mahupun pakaian dan disimpan sebagai koleksi di rumah.

Namun, tahukah anda bahawa setiap barang kepunyaan kita akan dihisab di akhirat kelak?

Barang Tak Dipakai Patut Dibuang Adakah Ia akan Dihisab.jpg

Hisab adalah kiraan bagi setiap amalan yang manusia lakukan di dunia, sama ada ia baik ataupun buruk, daripada sebesar-besar amalan sehingga kepada yang kecil. Hisab juga akan jatuh kepada barangan yang manusia miliki, tidak kiralah ia diguna atau disimpan untuk apa jua tujuan sekalipun.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Tirmizi pada kitab Jami’nya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Hadis_hisab_(1).png

Sedekahkan Barangan dan Pakaian Lama

Tidak salah untuk membelanjakan wang yang anda miliki untuk membeli barangan atau aset yang anda mahukan. Namun, jangan sampai berlebihan dalam mengumpul harta di dunia. Segalanya perlu seimbang kerana setiap wang ringgit yang anda dapat, harta yang anda kumpul, pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak. Berbelanjalah sesuatu yang boleh membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, di dunia dan juga akhirat. Contoh terbaik adalah dengan membelanjakan duit anda dengan sedekah.

Begitu juga jika anda memiliki terlalu banyak pakaian lama yang sudah tidak digunakan lagi, seeloknya sedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Syaratnya, pakaian itu haruslah masih dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Jika anda ada niat atau telah membeli pakaian baru, terus sedekahkan pakaian lama. Jangan simpan terlalu lama sehingga ia menjadi harta simpanan yang tidak bermanfaat.

Dalil yang paling jelas berkenaan keutamaan untuk sedekahkan pakaian adalah berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Hadis_sedekahkan_pakaian.png

Besar sungguh pahala yang menanti anda atas sebab memberi sedekah pakaian lama. Ia mendatangkan kebaikan di dunia sehingga selepas meninggal dunia. Semoga kita semua berada dalam golongan hambaNya yang tidak taksub dalam mengumpul harta, tetapi sentiasa ringan tangan dalam bersedekah.