Adakah Anak Boleh Memberi Syafaat kepada Ibu Bapa?
Ayu Nadirah
5/16/2024
Syafaat menurut istilah adalah menjadi perantara bagi orang lain dengan memberikan kebaikan kepadanya dan menolak mudarat. Ia juga membawa maksud memohon perlindungan bagi orang lain. Syafaat pula terbahagi kepada dua iaitu syafaat khusus dan syafaat umum.

Syafaat khusus adalah yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan syafaat terbesar yang terjadi pada hari kiamat. Syafaat umum pula diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi, orang yang jujur, para syuhada dan orang soleh. Allah mengizinkan hamba-hamba-NYa yang soleh ini untuk memberikan syafaat kepada orang-orang beriman yang menjadi penghuni neraka agar mereka keluar dari neraka.
Adakah Anak Boleh Berikan Syafaat kepada Ibu Bapa?
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak terdapat ayat al-Quran tertentu dengan jelas menceritakan tentang syafaat anak yang belum baligh kepada ibu bapanya dan akan menunggu mereka di pintu syurga. Namun terdapat beberapa ayat yang memberi gambaran tentang keadaan dalam syurga kelak, di mana Allah SWT akan mengumpulkan anak dan ibu bapa yang berlainan darjat dalam syurga.
Firman Allah SWT dalam surah at-Tur ayat 21:

Maksudnya: "Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun daripada pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."
Ada juga hadis yang menceritakan tentang syafaat seorang bayi atau kanak-kanak belum baligh kepada ibu bapanya. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda kepada salah seorang wanita ansar:

Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum mencapai baligh mampu memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya. Hadis yang menerangkan tentang kanak-kanak belum baligh akan menunggu ibu bapanya di syurga telah disebut oleh Imam al-Thabarani dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata:

Selain itu, anak yang soleh dan solehah juga adalah golongan yang dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya yang sudah tiada. Doa anak-anak ini yang memohon keampunan dan kebaikan buat kedua orang tua mampu menolong mereka agar terselamat daripada seksa kubur dan api neraka. Sebagai hamba juga, sentiasalah memohon kepada Allah agar dikurniakan syafaat di akhirat kelak. Sesungguhnya syafaat itu milik Allah SWT dan Dia berikan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.