[Tanya Ustaz] 4 Tanda-tanda Pasangan Anda Kena Sihir Pemisah

Hanan Latip

8/12/2024

Dalam membina rumah tangga yang bahagia dan harmoni ada banyak perkara yang dihadapi untuk mencari persefahaman dan hidup bahagia sepanjang hayat. Tetapi, ada saja individu yang sewenang-wenangnya menghancurkan kebahagiaan keluarga yang dibina dengan menggunakan cara yang terkutuk iaitu menggunakan sihir pemisah! Tiada lagi bibit-bibit cinta, kasih sayang, kemesraan dan yang tinggal hanyalah kebencian, perasaan menyampah dan pergaduhan. Ikuti kami dalam mengupas topik Sihir Pemisah Pemusnah Rumah Tangga bersama Ustaz Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek, seorang pendakwah dan mengamalkan perubatan Islam. 

Ustaz_Ustaz_Hanafiah_bin_Abdul_Malek.jpeg

Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan memisahkan pasangan suami isteri atau tunang. Dari nak kahwin jadi tak kahwin. Bila ingin bertunang, tidak jadi bertunang. Di dalam surah al-Baqarah ayat 102 terdapat kisah Harut dan Marut di mana malaikat ini menentang sihir yang berlaku pada zaman tersebut dan antaranya sihir pemisah. 

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman AS, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah SWT. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah al-Baqarah: ayat 102)

Mengenai perkara ini, kami telah meminta pandangan dari Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek atau mesra dipanggil Ustaz Hanafi, terdapat tanda-tanda yang anda boleh lihat jika pasangan tersebut terkena sihir pemisah. 

4 Tanda-tanda Anda Kena Sihir Pemisah

  • Tiada lagi perasaan cinta kepada isteri/suami
  • Perubahan sikap secara mendadak

Seperti contoh, berubah sikap dari penyayang kepada pembenci. 

  • Hilang nafsu atau terkena penyakit.

Sebagai contoh, tidak boleh melakukan persetubuhan dengan pasangan tetapi apabila melihat orang lain, individu tersebut menjadi terangsang. Ataupun terdapat situasi di mana pasangan suami isteri sudah hendak melakukan persetubuhan tapi tidak boleh. 

  • Si isteri kena penyakit bau hanyir pada tubuhnya atau kemaluannya.  

Tonton video temubual ikhlas.com dalam mengupas pengalaman Ustaz Hanafi di dalam perubatan Islam untuk membuang sihir pemisah di Youtube ikhlas.com

Berapa lama masa diambil untuk merawat sihir dan adakah satu kali rawatan saja sudah memadai? 

Ustaz Hanafi berkata, berdasarkan pengalaman beliau di dalam perubatan Islam ini, rawatan perlu dilakukan berkali-kali dan ada sehingga ada yang berlarutan beberapa tahun. Fakta menarik yang anda patut tahu, kadang-kadang mereka sendiri tidak percaya mereka telah terkena sihir pemisah. Mereka sering kali bertengkar dan menyalahkan diri masing-masing. 

Ustaz akan nasihatkan pasangan yang terkena sihir Apa salah kita cuba untuk dulu mandi, dan selepas mandi dia akan rasa lain, Alhamdulillah.” Ustaz juga menambah, selalunya selepas saja pasangan ini mandi, mereka sendiri yang sukarela  untuk dirawat secara berkali-kali sehingga sembuh. 

Merawat saja tak mampu memulihkan diri dari sihir. Individu tersebut kena tambahkan lagi amalan seperti zikir, betul ke? 

1. Sebelum berkahwin, amalkan doa agar pasangan kita menjadi penyejuk mata dan kita menjadi pemimpin orang-orang mukmin.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(Surah al-Furqan ayat: 74)

2. Menjaga syariat Islam 

Sebagai contoh, menjaga solat kerana solat akan merubah diri kita secara berperingkat-peringkat dan makin dekat dengan Allah SWT. Hal ini kerana, orang yang dekat dengan Allah SWT akan berada di dalam perlindungan juga pemeliharaan-Nya. 

3. Usaha bersama seorang perawat dan mangsa sihir

Di dalam usaha perawat untuk membuang sihir di dalam tubuh mangsa, individu tersebut juga harus berusaha dan melakukan ikhtiar yang lain untuk melindungi diri dan menguatkan benteng diri sendiri agar tidak terkena semula sihir pemisah tersebut. 

4. Baca surah-surah dan Ayatul Kursi

Antara perkara lain yang boleh diamalkan ialah membaca surah berikut: 

  1. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas dibaca berkali-kali. 
  2. Surah al-Baqarah
  3. Selepas solat, baca Ayatul Kursi

Jika pasangan suami isteri tidak pulih-pulih dari sihir, adakah mereka patut sabar atau lebih baik bercerai saja untuk pulih dari sihir?  

Dengan ringkas  Ustaz Hanafi menjawab, “Kalau dah tak boleh, so bercerai, sebab dengan bercerai terbatal sihir. Lepas bercerai, berubat.” Sambung Ustaz Hanafi lagi, “Sebab di dalam situasi ini, orang nak kita menyerah, maka kita menyerah. Ada sesetengah situasi, ustaz-ustaz akan gunakan cara yang tricky seperti gunakan asap kemenyan dan telur dalam berubat sebab itu adalah makanan jin. Dan bila kita guna asap dan telur tersebut, jin akan datang untuk makanlah kononnya. Dengan itu, jin dah keluar dan boleh fokus kepada tubuh atau orang yang disihir itu. Tetapi, ustaz hanya gunakan limau purut dan limau nipis sahaja.” 

3 Tip Bagi Mengelakkan Terkena Sihir Pemisah

  • Minta restu mak ayah 
  • Minta rahmat kepada Allah SWT 

Seperti contoh, menjaga ibadah seperti solat, berzikir, bertaubat, beramal soleh dan jauhkan diri dari perbuatan syirik. 

  • Ikuti apa yang Nabi Muhammad SAW untuk mendinding diri:

Doa_Agar_Dilindungi_Daripada_Segala_Bahaya_yang_Tidak_Diketahui.png

Baca 10 kali pagi dan 10 kali malam agar Allah SWT pelihara dan membentuk keyakinan kepada Allah SWT. 

Kenapa sihir mudah disampaikan kepada orang melalui makanan?

Makanan akan masuk di dalam badan dan akan menjadi darah daging manusia. Sihir yang masuk ke dalam badan adalah sihir yang sukar untuk dirawat.

Diharapkan perkongsian mengenai kesan sihir pemisah kepada rumah tangga memberi manfaat kepada semua pembaca di ikhlas.com. Baca juga artikel lain di sini: