Jom Bersedekah, Peroleh Barakah!

Hanan Latip

3/13/2024

Marhaban ya Ramadan! Selamat datang Ramadan! Pihak ikhlas.com ingin mengajak anda beramai-ramai untuk berlumba-lumba melakukan amal jariah kepada insan yang kurang berkemampuan.

Manfaat Bersedekah

  1. Menjauhkan seseorang dari api nekara
  2. Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  3. Masuk ke Syurga melalui Pintu Sedekah.
  4. Memperoleh pahala berlipat kali ganda.

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.” (H.R Muslim)

Kini, ikhlas.com telah dilancarkan Sedekah 1000 bulan - misi mengejar Lailatul Qadar.

Apakah misi ini?

Malam Lailatul Qadar merupakan satu rahsia daripada Allah SWT mengenai terjadinya malam tersebut. Di ikhas.com, kami akan berusaha untuk mengagihkan sumbangan penyumbang pada setiap hari di bulan Ramadan bagi memastikan penyumbang dapat memperoleh ganjaran di malam Lailatul Qadar Insyaallah.

Sadaqah_1000Bulan.JPG

Caranya mudah saja! Anda boleh menyumbang sebanyak RM10, RM30, RM50 atau jumlah lain yang ingin diberikan di ikhlas.com.

Dengan bantuan yang diberikan, kami akan terus komited untuk memberi semula kepada insan yang memerlukan kerana kami berpegang bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Kelebihan Bersedekah Bersama Ikhlas

  1. Agihan yang telus
  2. Kemaskini setiap hari
  3. Bantu komuniti setempat 
  4. Pembayaran mudah online
  5. Agihan sepanjang ramadan

ikhlas.com telah sudah menyalurkan bantuan ke beberapa buah kawasan dan membantu ramai golongan asnaf, orang tidak berkemampuan, anak yatim dan komuniti setempat dan luar negara.

WhatsApp_Image_2021-12-17_at_11.23.18_AM.jpeg
Agihan pek makanan kepada Masjid Qariah Pekan Mantin

WhatsApp_Image_2021-12-23_at_6.15.33_PM.jpeg
Agihan pek makanan kepada mangsa banjir di Selangor

IMG_20201108_110315.jpg
Agihan pek makanan di Sabah

Dengan bantuan yang anda salurkan, ia telah membantu meringankan beban orang yang memerlukan di luar sana.

Anda ingin mendapatkan ganjaran seperti sedekah 1000 bulan? Jom bersedekah sekarang!