Istidraj, Nikmat atau Dugaan?

Nurul Atikah Sarji

4/5/2024

_Template_images_for_blog_2.0.png

Pernah tak anda dengar situasi di mana seseorang yang sering melakukan maksiat tetapi diberikan rezeki yang melimpah ruah? 

Istidraj merupakan suatu bentuk nikmat, namun, pada hakikatnya, kita melanggar perintah Allah SWT. Contoh nyata yang sering terjadi adalah ketika seseorang tidak menjalankan solat tetapi masih meraih kejayaan, atau meninggalkan perintah Allah SWT namun tetap mencapai kesenangan mahupun kekayaan.

Istidraj, menurut pandangan Pembantu Agama, Ustaz Wadi Annuar berkata ini merupakan satu ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada siapa saja, baik mereka yang beragama Islam mahupun bukan Islam. Ini terutama terjadi pada orang yang kerap melanggar hukum-hukum Allah.

Namun, perlu diingat bahawa istidraj bukanlah nikmat sejati. Sebagai contoh, seseorang mungkin berfikir, "Saya tidak mengenakan tudung dan tidak menutup aurat, tapi saya masih mencapai kejayaan dan kekayaan." 

Beliau menekankan bahawa istidraj sebenarnya perkara yang menjauhkan kita daripada nikmat dan kasih-sayang Allah SWT. Sejarah mencatat bahawa Firaun sebagai contoh yang paling jelas; walaupun bukan seorang Muslim, Allah memberikan kekayaan kepadanya, tetapi nikmat tersebut hanya diperlihatkan di dunia untuk menunjukkan betapa mudahnya manusia terperangkap oleh kekayaan sehingga melupakan Allah SWT.

Pentingnya untuk tidak membandingkan kesuksesan orang bukan Islam dengan yang beragama Islam. Kejayaan dunia bukanlah penentu keberkahan atau keberuntungan sebenar. Maka daripada itu, beliau menyarankan agar kita melakukan muhasabah diri secara berkala. 

Kita perlu bertanya pada diri sendiri, "Apakah keberhasilan yang saya raih ini merupakan nikmat atau ujian daripada Allah?"

Berdoa merupakan langkah penting untuk melindungi diri daripada terperangkap dalam pengaruh istidraj. Beliau juga mengingatkan kita agar selalu berdoa kepada Allah SWT, memohon agar hati kita tidak dipalingkan dan agar kita senantiasa mendapatkan taufik hidayahNya.

“Terlalu larut dalam kenikmatan dunia dapat membuat kita melupakan Allah. Oleh kerana itu, jika kita merasa terlalu terleka, sangat penting untuk kita kembali kepada akar dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT,” katanya lagi.

BACA:

Kebenaran di Sebalik 'Ipar Adalah Maut' Berdasarkan Sumber Hadis

5 Pantai Cantik di Bali Indonesia. Rugi Kalau Tak Pergi!

13 Rukun Solat & Rukun Qauli Supaya Solat Sah