8 Tip Khatam Al-Quran dalam Bulan Ramadan
Nurul Atikah Sarji
2/13/2024

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda dalam usaha untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan:
1. Memulakan dengan Juzuk 1 pada Hari Pertama Ramadan
Jika anda berniat untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali pada bulan Ramadan, langkah pertama adalah untuk memulakannya seawal mungkin. Jika anda sudah membiasakan diri dengan tadarus Al-Quran di luar bulan Ramadan, langkah ini sepatutnya menjadi lebih mudah. Bagi wanita, perkara ini sangat penting untuk merancang jadual tadarus dengan mengambil kira hari-hari tidak dapat bertadarus kerana haid.
2. Menetapkan Sasaran yang Sesuai
Susun jadual bacaan Al-Quran dengan menetapkan sasaran harian. Anda boleh melakukan perancangan waktu yang boleh anda peruntukkan untuk bertadarus dan bahagikan sasaran harian mengikut kesesuaian peribadi anda. Setiap individu mempunyai kelapangan waktu tersendiri, jadi penting untuk menyesuaikan sasaran dengan keupayaan diri.
3. Menyediakan Masa Khusus untuk Membaca Al-Quran
Meskipun masa sering menjadi halangan, adalah lebih baik untuk anda menyediakan masa khusus untuk membaca Al-Quran. Atur masa dengan baik dan luangkan waktu yang mencukupi untuk tadarus. Bagi yang ingin khatam lebih dari sekali, pertimbangkan untuk meluangkan masa yang lebih panjang.
4. Optimumkan Penggunaan Waktu
Dalam masa 24 jam, kita perlu bijak menggunakan waktu untuk membaca Al-Quran. Kurangkan berbual perkara yang sia-sia dan manfaatkan waktu untuk membaca. Jika kita menetapkan sasaran bacaan yang realistik, seperti khatam 3 juzuk sehari, kita hanya memerlukan 2 jam daripada 24 jam yang ada.
5. Al-Quran di hujung jari
Manfaatkan teknologi dengan menginstall aplikasi Al-Quran di handphone. Ini memudahkan kita untuk membaca di mana-mana. Selain itu, download bacaan Al-Quran dalam bentuk mp3 untuk didengar ketika tidak dapat membaca.
6. Sentiasa Membawa naskah Al-Quran
Biasakan diri untuk sentiasa membawa naskah Al-Quran ke mana-mana. Simpan di kereta, pejabat, atau tempat-tempat lain yang sering dilalui. Ini memudahkan kita untuk membaca Al-Quran pada bila-bila masa.
7. Melawan Rasa Mengantuk
Mengantuk semasa membaca Al-Quran adalah perkara biasa. Oleh itu, kita boleh melawan rasa itu dengan menghentikan seketika, melakukan regangan, dan menyegarkan diri. Jika perlu, ubah posisi membaca untuk menghilangkan rasa mengantuk.
8. Merancang Mengikut Sasaran Target
Setiap individu mempunyai sasaran dan keupayaan yang berbeza. Jadi, anda boleh merancang mengikut sasaran serta mempunyai target dalam mencapai objektif khatam Al-Quran pada bulan Ramadan ini.
- Semoga bermanfaat kepada anda semua. Layari ikhlas Blog untuk mengetahui pelbagai tip berkaitan ibadah serta amalan harian.