7 Tanda-tanda Kematian Dalam Islam
Hanan Latip
2/5/2024

Mati ini ianya akan datang dengan tiba-tiba sahaja dan tanpa amaran. Apabila sudah tiba masanya untuk kita pergi dari dunia ini, tanpa mengenal umur, waktu serta pangkat, kita pasti akan pergi juga.
Tahukah anda, kematian yang dicemburui ialah kematian orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah SWT iaitu matinya para nabi, para syuhada, para siddiqin dan para solihin. Mati yang dicemburui ialah mati kerana dalam keadaan husnul khatimah dan bukan mati dalam suul khatimah.
Jenis-jenis Kematian:
Kematian ini ada pada dia tanda-tanda ahli syurga. Individu tersebut mati dalam keadaan sempat mengucap 2 kalimah Syahadah. Orang yang syahid di jalan Allah SWT juga akan mendapat husnul khatimah.
2. Suul Khatimah
Mati dalam suul khatimah adalah satu keadaan yang menakutkan dan mengerikan. Mereka mati dalam keadaan tidak bersedia untuk dihadapkan dihadapan Allah SWT dan akan ditempatkan di dalam neraka Allah. Orang yang meninggal di dalam suul khatimah tidak mampu untuk mengucapkan 2 kalimah Syahadah.
Tanda-tanda Kematian
Mesti anda pernah dengar mengenai tanda-tanda kematian 7 hari/ 40 hari/ 100 hari sebelum kematian? Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, kita boleh terima tanda-tanda kematian ini sebagai ilmu. Namun, kita tidak diwajibkan untuk percayakan atau meyakininya pada keadaan sebegitu supaya kita tidak akan menjadi terlalu takjub.

Apabila kita dapat mengetahui tanda-tanda kematian, kita boleh meningkatkan amalan juga mungkin dapat menolong individu yang menghampiri kematian dengan amalan-amalan soleh. Contohnya, bagi individu yang mencecah pada usia 60 tahun, itu adalah antara tanda kita telah menghampiri kepada kematian.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

Setiap orang akan merasai samaada tanda-tanda kecil atau tanda-tanda besar bagi kematian seseorang. Orang yang dah nak meninggal, mereka akan dapat merasai tanda-tanda tersebut.
Antaranya:
- Kerap tidur
- Ada perubahan suhu badan pada waktu Asar
- Nafsu makan menurun
- Jarang membuang air kecil dan air besar
- Mengalami sakit yang luar biasa
- Berhalusinasi
- Tubuh badan terasa lebih sejuk
Kelebihan Mati pada Hari Jumaat
Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat, individu tersebut dapat memperoleh husnul khatimah. Dengan syarat dan berdasarkan kepada mahfum nas-nas yang banyak seperti berikut:
- Mati dalam keadaan Islam
- Mati dalam keadaan beriman
- Tidak mati dalam keadaan melakukan maksiat.
Menurut Ustaz Dusuki lagi, ada perkara lain yang umat Islam mungkin ada yang tidak tahu tapi sering dilakukan iaitu keluarga si mati sebenarnya dilarang untuk menjamu makanan di saat mayat masih ada di dalam rumah. Oleh sebab itu, jiran si mati digalakkan berusaha membantu untuk sediakan makanan kepada keluarga si mati. Ini kerana bagi menghormati kesedihan ahli keluarga dalam menghadapi perkara musibah yang telah berlaku.
Oleh itu, anda boleh mempersiapkan diri dengan perbetulkan tiga perkara utama sebelum kematian menjemput kita. Pertama, marilah kita perbetulkan hati dan akidah juga amalan kepada Allah SWT dan persiapkan diri kita agar kematian yang datang dalam keadaan kita husnul khatimah.
Kedua, kita dikehendaki untuk menjaga amal ibadah yang zahir seperti zakat, solat, puasa, haji, bacaan al-Quran, berinfak, habiskan harta benda kejalan Allah SWT. Selain itu, kita hendaklah mempersiapkan akhlak yang terbaik, soleh dan tak putuskan hubungan sillaturahim dengan ahli keluarga, jiran-jiran juga masyarakat.
Beliau juga menambah, bahawa dari tanda-tanda kematian inilah umat Islam dapat mempersiapkan diri dengan kehidupan selepas kematian kerana sudah faham dan nampak tanda-tanda kematian yang pasti terjadi. Kita boleh menolong orang yang hampir dengan saat kematian untuk mendapat kematian husnul khatimah.
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat menambahkan lagi amalan dan mendoakan diri sendiri agar mati dalam keadaan husnul khatimah kerana ajal akan datang pada bila-bila masa.
- Ada perancangan nak tunaikan umrah? Semak artikel Tip Kumpul Duit Nak Pergi Umrah