5 Kebaikan Solat Dalam Kehidupan!

Nurul Atikah Sarji

6/21/2024

Kebaikan_Solat_Dalam_Kehidupan_Muslim.png

Solat merupakan salah satu dari rukun Islam yang merupakan kewajipan ibadah bagi setiap umat Muslim. Ibadah ini dilakukan sebagai bentuk penghambaan dan pengagungan kepada Allah SWT. Dalam Islam, solat terdiri dari doa-doa, bacaan ayat-ayat al-Quran da gerakan tubuh tertentu dilakukan secara berurutan. Solat juga memiliki banyak manfaat spritual dan moral, seperti mendekatkan diri kepada Allah, meningkatkan disiplin dan kebersihan diri serta membangun persaudaraan yang erat di antara umat Muslim.

Jom kita ketahui lima kebaikan ibadah solat dalam kehidupan Muslim!

1. Hati Sentiasa Tenang

Ayat-ayat al-Quran dan zikrullah yang terdapat dalam bacaan solat sememangnya akan memberi ketenangan kepada setiap jiwa. Sebagaimana firman Allah dalam surah ar-Ra’d, ayat ke 28 yang bermaksud: 

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan berzikir (mengingat) kepada Allah lah, hati akan menjadi tenteram." 

2. Bersolat Memperoleh Keredhaan Allah SWT

Ya, solat merupakan salah satu cara utama untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan dari Allah SWT. Dengan melaksanakan solat, seorang Muslim menunjukkan komitmennya untuk mengikuti ajaran Allah dan Rasul-Nya. Ketaatan ini adalah satu cara untuk mendapatkan keredaan-Nya. 

3. Solat Dapat Membentuk Disiplin dalam Diri

Solat memiliki peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi insan yang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Solat wajib dilakukan lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu yang telah ditentukan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isya). Ini mengajarkan umat Islam untuk menghargai dan mengatur waktu mereka dengan baik. Kita juga disarankan yntuk mendirikan solat di awal waktu, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Mendirikan solat pada awal waktunya.” - Riwayat al-Bukhari 

4. Memakbulkan Doa dan Permohonan

Doa merupakan senjata utama bagi setiap Muslim. Salah satu waktu yang paling mustajab (dikabulkan) untuk berdoa adalah saat sujud dalam solat. Rasulullah SAW bersabda bahawasanya seorang hamba yang paling dekat dengan Allah saat dia bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu. Selain itu, terdapat juga solat khusus yang disebut sebagai solat hajat, yang dilakukan dengan niat memohon kepada Allah SWT agar mengabulkan hajat atau keinginan tertentu. Solat ini menunjukkan betapa pentingnya doa dalam kehidupan seorang Muslim. 

5. Membuka dan Meluaskan Pintu Rezeki

Dalam ajaran Islam, solat merupakan satu cara agar pintu rezeki kita dibuka dengan lebih luas. Sebagai contoh, solat Dhuha yang dilakukan pada pagi hari setelah terbitnya matahari sehingga sebelum waktu Zuhur sangat dianjurkan dalam Islam dan solat ini juga dikenali sebagai solat untuk menambah rezeki. Bahkan Rasulullah SAW juga bersabda bahawa solat Dhuha adalah solat orang yang bertaubat dan dapat membawa rezeki. 

Selain itu, dalam hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda:

"Wahai manusia, shalatlah empat rakaat di awal hari, maka Aku akan mencukupi kebutuhanmu di sepanjang hari itu." 

Secara kesimpulan, solat tidak hanya sebagai kewajiban ibadah, tetapi juga merupakan tiang agama yang mendatangkan banyak manfaat yang signifikan dalam kehidupan sehari-hari umat Muslim. Selamat beramal.

Baca artikel lain di ikhlas.com:

[Kopi Bersama Ikhlas Episod 1]: Checklist Jodoh - Aiman Azlan

Apakah Hukum Merenjis Kenderaan Baru dengan Air Ruqyah?

Itinerari 6H4M Ke Korea Musim Luruh