4 Cara Nak Dekat dengan Rasulullah di Hari Kiamat

Hanan Latip

5/13/2024

Nabi Muhammad SAW telah wafat lebih 15 abad lamanya dan umat Islam akhir zaman tidak pernah merasai untuk duduk dekat dengan Baginda. Tahukah anda, hanya orang tertentu saja yang dapat duduk bersama Baginda di akhirat nanti?

Adakah cara untuk umat Islam duduk dekat dengan Rasulullah SAW di hari kiamat? Jawapan ada. Jom baca artikel ini bagi mengetahui 4 cara untuk dekat dengan Rasulullah SAW!

1. Mempunyai Akhlak Baik 

Nabi Muhammad SAW bersabda akan dekat dan bersanding dengan orang orang yang memiliki akhlak terpuji seperti beliau di akhirat kelak, sebagaimana hadis:

النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَسَكَتَ الْقَوْمُ فَأَعَادَهَا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا قَالَ الْقَوْمُ نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَحْسَنُكُمْ خُلُقًا

Nabi  SAW bersabda:

“Maukah kalian aku khabarkan tentang orang yang paling aku suka dari kalian, dan pada hari kiamat tempat duduknya paling dekat dengan aku?” Orang-orang semuanya diam, maka beliau mengulangi kata-katanya tersebut sampai dua atau tiga kali. Akhirnya mereka pun menjawab; “Mau wahai Rasulullah.” Beliau bersabda: “Iaitu orang yang akhlaknya paling baik di antara kalian

Nabi sendiri telah menunjukkan akhlak yang baik, agar dijadikan panduan dan ikutan semua pengikutnya. Jadi, apa lagi yang menghalang kita untuk mempunyai akhlak yang baik? 

2. Sentiasa Berselawat

Sabda Rasulullah SAW: 

“Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat ke atasku”. (HR Tarmizi 446)

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada setiap Jumaat kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti”. (HR Baihaqi)

Dari hadis ini kita dapat melihat bahawa dengan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW terutamanya pada hari Jumaat atau malamnya. Antara selawat yang sering dibaca adalah Selawat Ibrahimiyah yang dibaca ketika Tasyadud dalam solat. 

  • Selawat Ibrahimiyah

  • Selawat Tafriijiyah atau Nariyah

3. Berbuat Baik dengan Anak Yatim

Menurut Riwayat Ahmad, “Barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.”

Mengikut riwayat itu lagi, “Dan barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat Ahmad)

Berbuat baik dengan anak yatim bukan sekadar memberi makanan dan pakaian, ia lebih dari itu. Umat Islam hendaklah melindungi dan berlembut anak yatim ini, dan tidak boleh mengasari, menghina dan merendahkan mereka.  Bagi keluarga terdekat kepada anak yatim ini hendaklah berlaku adil, tidak mengasari dan tidak  mengambil harta mereka kerana perkara ini adalah berdosa besar. 

Firman Allah SWT:

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya)”. (al-Isra’:34)

4. Menjadi Pemimpin Yang Amanah

Pemimpin dari dahulu hingga sekarang pasti akan diuji dengan kemewahan dan pangkat kerana mampu menundukkan seseorang yang kuasa yang dimiliki. Tugas seorang pemimpin saja sudah berat kerana tanggungjawab dan beban yang dimilikinya. Sebab itulah, seorang pemimpin harus melaksanakan tugasan tersebut dengan cara yang terbaik. Kriteria yang dimiliki juga mestilah amanah, benar dan bijaksana. 

Jika amanah itu diambil ringan, pasti akan ditimpa balasan yang setimpal kerana melupakan tanggungjawab!

Sabda Rasulullah SAW:

‌إِذَا ‌أَرَادَ ‌اللَّهُ ‌بِالْأَمِيرِ ‌خَيْرًا، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ.

“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu (menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan, jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya.” (Riwayat Abu Dawud 2932)

Mari lakukan cara-cara di atas untuk dekatkan diri dengan Rasulullah SAW? Semoga kita istiqamah mengamalkannya dan dapat duduk bersama-sama Baginda di syurga di akhirat nanti. Selamat beramal!

  • Tahukah anda, ikhlas.com menyediakan one-stop center bagi memudahkan urusan anda seperti membayar zakat dan fidyah, melakukan korban dan akikah, bersedekah,  melakukan umrah dengan harga mampu milik dan murah, dan ada pakej travel yang muslim-friendly! Nak tahu lebh lanjut? Klik saja link ini!