30 Amalan Doa daripada Hadis

Ayu Nadirah

3/14/2024

Selain doa daripada al-Quran, terdapat juga banyak doa daripada hadis yang boleh anda amalkan. Berikut adalah senarai doa daripada hadis yang boleh dijadikan sebagai amalan harian dalam memohon kebaikan di dunia dan juga akhirat.

 Template images for blog 2.0.jpg


1. Doa Memohon Ampunan Dosa

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللهمَّ اغفِرْ لي خطيئَتي وجَهلي ، وإسرافي في أمري ، وما أنت أعلمُ به مني

[متفق عليه]

Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah kesalahan, kebodohan dan keterlaluanku dalam segala urusan, dan ampuni pula segala dosa yang Engkau lebih mengetahui daripada aku," Muttafaqun Alaih (6399).


2. Doa Kebaikan Dunia Akhirat

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لي دِينِي الذي هو عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لي دُنْيَايَ الَّتي فِيهَا معاشِي، وَأَصْلِحْ لي آخِرَتي الَّتي فِيهَا معادِي، وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لي في كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لي مِن كُلِّ شَرٍّ

[رواه مسلم]

Maksudnya: "Ya Allah, perbaikilah urusan agamaku yang menjadi pegangan bagi setiap urusanku. Perbaikilah duniaku yang di situlah urusan kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang ke sanalah aku akan kembali. Jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyak amal kebajikan, dan jadikanlah kematianku sebagai tempat peristirahatan dari setiap kejahatan," Riwayat Muslim (2720).


3. Doa Memohon Petunjuk Allah SWT

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهمَّ ! إنِّي أسألُك رحمةً من عندِك تهدي بها ديني ، وتحفظُ بها غائبي ، وترفعُ بها شاهدي ، وتُزكِّي بها عملي ، وتُبيِّضُ بها وجهي ، وتُلهمُني بها رُشدي ، وتعصِمُني بها من كلِّ سوءٍ

(أخرجه الترمذي)

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu curahan rahmat dari sisiMu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku daripada segala sesuatu yang jelek," Riwayat Tirmizi (3419).


4. Doa Memohon Curahan Rahmat dan Keampunan

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْلِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيمُ

(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ) رواه البخاري

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri dengan penindasan yang banyak, dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan pengampunan daripadaMu dan sayangilah aku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang," Muttafaqun Alaih (834).

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللهم إنا نسألُكَ مُوجِباتِ رحمتِك ، وعزائمَ مَغْفِرَتِكَ ، والسلامةَ من كلِّ إثمٍ ، و الغنيمةَ من كلِّ بِرٍّ ، والفوزَ بالجنةِ ، والنجاةَ من النارِ

(رواه الحاكم أبو عبد الله، وقال‏:‏ حديث صحيح على شرط مسلم)

Maksudnya: “Ya Allah aku memohon kepadaMu segala hal yang mendatangkan rahmatMu dan keteguhan ampunanMu, selamat daripada segala dosa dan beruntung dengan mendapat pelbagai kebaikan, beruntung memperoleh syurga, terhindar daripada seksa neraka," Riyad as-Salihin (1493).


5. Doa Sayyidul Istighfar

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهُمَّ أنْتَ رَبِّي لا إلَهَ إلَّا أنْتَ، خَلَقْتَنِي وأنا عَبْدُكَ، وأنا علَى عَهْدِكَ ووَعْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ، أعُوذُ بكَ مِن شَرِّ ما صَنَعْتُ، أبُوءُ لكَ بنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وأَبُوءُ لكَ بذَنْبِي فاغْفِرْ لِي؛ فإنَّه لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أنْتَ

(صحيح البخاري)

Maksudnya: "Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau.yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hambaMu, dan aku berada dalam perintah dan perjanjianMu, yang dengan segala kemampuanku perintahMu aku laksanakan. Aku berlindung kepadaMu daripada segala keburukan yang aku buat terhadapMu. Engkau telah mencurahkan nikmatMu kepadaku, sementara aku sentiasa berbuat dosa. Maka ampunilah dosa-dosaku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau," Sahih Bukhari (6306).


6. Doa Kesihatan Zahir Batin

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهمَّ عافِني في سَمْعي، اللَّهمَّ عافِني في بَصَري، اللَّهمَّ إنِّي أَعوذُ بكَ منَ الكُفرِ والفَقرِ، اللَّهمَّ إنِّي أَعوذُ بِكَ مِن عَذابِ القَبرِ، لا إلهَ إلَّا أنتَ

(أبي داود)

Maksudnya: "Ya Allah, berilah kesihatan pada badanku. Ya Allah, berilah kesihatan pada pendengaranku. Ya Allah, berilah kesihatan pada penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada seksa kubur. Tidak ada Tuhan yang layak disembah kecuali Engkau," Riwayat Abu Daud (5090).


7. Doa Lailatul Qadar

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

(أخرجه الترمذي)

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku," Riwayat al-Tirmizi (3513).


8. Doa Berlindung daripada Keburukan

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَنْتَ المُسْتَعَانُ، وَعَلَيْكَ البَلَاغُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

البخاري في " الأدب المفرد "

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu segala kebajikan sebagaimana yang dimohon oleh nabiMu Muhamad. Dan aku berlindung kepadaMu daripada segala keburukan sebagaimana yang nabiMu Muhamad mohon perlindungan. Engkaulah Yang Maha Pemberi Pertolongan, dan kepadaMu puncak segala pengharapan. Tiada daya upaya untuk meninggalkan maksiat dan tiada kekuatan untuk melakukan ibadah kecuali atas pertolongan Allah," Riwayat Bukhari bab Adab Mufrad (679).


9. Doa Diteguhkan Pendirian

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهمَّ إنِّي أَسألُك الثباتَ في الأمرِ، والعزيمةَ على الرُّشدِ، وأَسألُك شُكْرَ نِعمتِك، وأَسألُك حُسنَ عِبادتِك، وأَسألُك قَلْبًا سليمًا، وأَسألُك لِسانًا صادقًا، وأَسألُك مِن خَيرِ ما تَعلَمُ، وأَعوذُ بك مِن شَرِّ ما تَعلَمُ، وأَستغفِركُ لِما تَعلَمُ؛ إنَّك أنت عَلَّامُ الغُيوبِ

أخرجه ابن حبان

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kekuatan dalam menghadapi segala permasalahan. Aku memohon dengan sangat kepadaMu untuk berkenan memberikan curahan petunjuk, serta aku memohon kepadaMu dapat mensyukuri nikmat dan rajin melakukan ibadah. Aku memohon kepadaMu lisan yang jujur dan hati yang lurus. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang Engkau ketahui, dan aku memohon kepadaMu kebaikan yang Engkau ketahui, serta aku memohon kepadaMu curahan ampunan daripada segala dosa yang Engkau ketahui. Sebab hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib," Riwayat Ibn Hibban (935).


10. Doa Memudahkan Mata Pencarian Rezeki

Daripada Rasulullah SAW berkata:

بِسمِ اللَّهِ عَلى‏ نَفسي ومالي وديني ، اللَّهُمَّ رَضِّني بِقَضائِكَ ، وبارِك لي في قَدَرِكَ ، حَتّى‏ لا اُحِبَّ تَعجيلَ ما أخَّرتَ ولا تَأخيرَ ما عَجَّلتَ

الدعاء للطبراني : ص ۱۴۷ ح ۴۱۰

Maksudnya: "Dengan nama Allah, semoga Engkau menjaga diri kami, harta kami dan agama kami. Wahai Allah, redailah kami daripada ketetapanMu dan berilah keberkatan kepada kami pada segala apa yang telah Engkau putuskan sehingga kami tidak suka apa yang Engkau mempercepatkan apa yang Engkau akhirkan dan tidak pula menyukai mengakhirkan apa yang Engkau cepatkan," Kumpulan doa Tibrani (m/s 128 jilid 21).


11. Doa Menziarah Orang Sakit

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

صحيح البخاري

Maksudnya: "Wahai Allah Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain daripada penawarMu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit," Riwayat Bukhari.


12. Doa Ketika Hendak Tidur

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللهمَّ باسمِك أموتُ وأحيا \ باسْمِكَ اللَّهُمَّ أمُوتُ وأَحْيَا

صحيح البخاري

Maksudnya: “Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan hidup / Dengan namaMu, Ya Allah, aku mati dan hidup," Riwayat Bukhari (6314/6324).


13. Doa Ketika Bangun daripada Tidur

Daripada Rasulullah SAW berkata:

الحَمْدُ لِلَّهِ الذي أحْيَانَا بَعْدَ ما أمَاتَنَا، وإلَيْهِ النُّشُورُ

صحيح البخاري

Maksudnya: “Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur kami), dan kepadaNya kami kembali," Riwayat Bukhari (7394).


14. Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ، وَسَيِّئَاتِ الْأَحْلَامِ

أخرجه ابن السني في (عمل اليوم والليلة)

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perbuatan syaitan dan mimpi-mimpi yang buruk," Riwayat Ibn al-Sunni.


15. Doa Ketika Masuk Tandas

Daripada Rasulullah SAW berkata:

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بكَ مِنَ الخُبُثِ والخَبَائِثِ

صحيح البخاري

Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina," Riwayat Bukhari (6322).


16. Doa Ketika Keluar Tandas

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"غُفْرَانَكَ, الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي"

رَوَاهُ أبن مَاجَه

Maksudnya: "Aku memohon keampunanMu (Ya Allah), segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku," Riwayat Ibn Majah.


17. Doa Memakai Baju

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"اللَّهُمَّ لكَ الحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ، أَسْأَلُكَ خَيْرَهُ وَخَيْرَ مَا صُنِع لَهُ، وأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ"

أخرجه أبو داود، كتاب اللباس

Maksudnya: "Allah, segala puji bagiMu, Engkau yang telah memberikan pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah diciptakan untuknya. Aku juga berlindung kepadaMu daripada kejahatannya dan kejahatan yang diciptakan untuknya," Riwayat Abu Daud.


18. Doa Ketika Melihat Cermin

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"اَللَّهُمَّ كَمَا أَحْسَنْتَ خَلْقِي, فَحَسِّنْ خُلُقِ"

رَوَاهُ أَحْمَدُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّان

Maksudnya: "Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadianku, maka indahkan pula akhlakku," Riwayat Ahmad.


19. Doa Sebelum Makan

Daripada Rasulullah SAW berkata:

“اللهم بارِكْ لنا فيما رزقتَنا وقِنا عذابَ النارِ”

رواه ابن السني

Maksudnya: "Ya Allah berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan peliharalah kami daripada seksa api neraka," Hadis Riwayat Ibnu as-Sani.


20. Doa Selepas Makan

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"‏الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ"

رواه أبو داود

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi kami makan dan minum, serta menjadikan kami Muslim," Hadis Riwayat Abu Daud.


21. Doa Ketika Hendak Bermusafir

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هذا، وَاطْوِعَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ في السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ في الأهْلِ"

[صحيح مسلم]

Maksudnya: "Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah, Engkau yang menjadi teman dalam perjalanan, dan Engkau pula yang melindungi keluarga (kami)," Riwayat Muslim.


22. Doa Ketika Duduk Sebelum Bangun dari Tempat Tidur

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِي، وَأَسْأَلُكَ رَحْمَتَكَ، اللَّهُمَّ زِدْنِي عِلْمًا، وَلَا تُزِغْ قَلْبِي بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي، وَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ"

سنن أبي داود

Maksudnya: Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau Ya Allah, aku minta ampun kepadaMu tentang dosa-dosaku, dan aku mohon rahmatMu. Ya Allah, tambahlah ilmuku dan janganlah Engkau gelincirkan hatiku setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku, dan kurniakanlah rahmat untukku daripadaMu, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memberi," Hadis Riwayat Abu Daud (5061).


23. Doa Sebelum Memulakan Solat Malam

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ضِيقِ الدُّنْيَا وَضِيقِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ"

سنن أبي داود

Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat," Hadis Riwayat Abu Daud (5085).


24. Doa Memohon Ilmu, Rezeki dan Amalan Diterima

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا"

أخرجه ابن ماجه

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima," Hadis Riwayat Ibnu Majah (925).


25. Doa Ketika Memasuki Rumah

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"اللَّهُمَّ إِنِّي أسألُكَ خَيْرَ المَوْلِجِ وَخَيْرَ المَخْرَجِ، باسْمِ اللَّهِ وَلجْنا، وباسْمِ اللَّهِ خَرَجْنا، وَعَلى اللَّهِ رَبِّنا تَوَكَّلْنا"

(رواه أبو داود والحديث حسن)

Maksudnya: “Ya Allah, bahwasanya aku memohon padaMu kebaikan tempat masuk dan tempat keluarku. Dengan menyebut namaMu aku masuk, dan dengan menyebut nama Allah aku keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah diri," Hadis Riwayat Abu Daud.


26. Doa Ketika Keluar Rumah

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ"

[رواه أبو داودَ، والترمذيُّ، والنِّسائِيُّ]

Maksudnya: "Dengan menyebut nama Allah, aku menyerahkan diriku pada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah sahaja," Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi.


27. Doa ketika Memasuki Masjid

Daripada Rasulullah SAW berkata:

بِسْمِ اللَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ ‏

سنن ابن ماجه

Maksudnya: “Dengan nama Allah dan salam sejahtera ke atas Rasulullah, Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan bukakanlah bagiku segala pintu rahmatMu," Hadis Riwayat Ibnu Majah (771).


28. Doa Ketika Keluar Masjid

Daripada Rasulullah SAW berkata:

بِسْمِ اللَّهِ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ ‏

سنن ابن ماجه

Maksudnya: “Dengan nama Allah, dan salam sejahtera ke atas Rasulullah, Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan bukakanlah bagiku segala pintu kurniaMu," Hadis Riwayat Ibnu Majah (771).


29. Doa Sebelum Bersetubuh

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا"

صحيح البخاري

Maksudnya: "Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan kepada kami," Hadis Riwayat Bukhari (6025).


30. Doa Berserah Diri dengan Takdir Allah SWT

Daripada Rasulullah SAW berkata:

"اللهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي"

أخرجه مسلم

Maksudnya: “Ya Allah, panjangkanlah umurku selagi hidupku itu baik untukku, dan matikanlah aku apabila kematian itu lebih baik untukku," Hadis Riwayat Muslim (2680).

BACA:

Santai Hujung Minggu di M Resort & Hotel Kuala Lumpur

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Istidraj, Nikmat atau Dugaan?