Istimewanya Hari Raya Korban Kepada Umat Islam

Hanan Latip

5/15/2024

Hari Raya Aidiladha amat istimewa untuk seluruh umat Islam kerana bertujuan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan untuk mengorbankan anaknya, iaitu Nabi Ismail AS. Taatnya Baginda dan Nabi Ismail terhadap perintah Allah SWT sehingga sanggup berserah kerana Allah Taala.

Simbolik dari peristiwa inilah, semua umat Islam menyembelih binatang-binatang korban dan diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti asnaf dan fakir miskin. 

Hikmah Pelaksanaan Korban

  • Menghidupkan sunah Nabi Ibrahim AS.
  • Mendidik jiwa ke arah taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Membuang sifat tamak dan menanam sifat murah hati untuk membelanjakan harta dimiliki ke jalan Allah SWT.
  • Tanda kesyukuran dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutamanya antara golongan berada (berkemampuan) dan kurang berkemampuan.

Melakukan Korban, Bukan Hanya Sekadar Pahala dan Ibadah

Jumhur (majoriti) ulama menyatakan hukum asal melaksanakan ibadah korban adalah sunnah muakkad (sunat yang amat dituntut) ke atas setiap individu dan ia disyariatkan bukan sahaja kepada para lelaki, malah ke atas para wanita yang berkemampuan juga.

Ini berdasarkan dalil sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” Riwayat al-Tirmizi (1493)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu.” (Surah al-Hajj: 37)

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis, mafhumnya:

“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat melakukan korban berdasarkan firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar)

Dalil Hadis Nabi SAW, dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Hal ini kerana, korban dilakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan meningkatkan lagi takwa dan iman kepada Allah SWT. 

IKHLAS X QURBAN

Mari lakukan ibadah Qurban bersama ikhlasdotcom dan kami akan memberikan jaminan bahawa 100% setiap korban yang dibeli akan disalurkan kepada komuniti Islam tempatan bagi setiap negari dan negara miskin yang disasarkan. 

Maka, anda dapat menyedekahkan daging korban kepada golongan yang berkeperluan dan juga meningkatkan ekonomi dan penghayatan ajaran Islam kepada masyarakat Islam di luar sana.

Berniat untuk melakukan korban pada tahun ini? Dengan Ikhlasdotcom, segalanya akan menjadi mudah!

  • Penghantaran daging korban terus ke lokasi pilihan anda
  • Dikendalikan sepenuhnya oleh IKHLAS
  • Bagi Korban Luar Negara, kami laksanakan di 35 negara!
  • Setiap penyertaan akan diberikan sijil (menerusi dalam talian)

Lokasi-lokasi IKHLAS Qurban lakukan korban pada tahun 2023, antaranya:

DO11030716.JPGIMG_0261.jpg

IMG_4641.jpg
  1. Masjid al Ikhlasiah Pantai Dalam
  2. Surau al-Islah Sentul
  3. Masjid Sungai Ular, Terengganu

Tunggu apa lagi? Tempah bahagian korban anda bersama ikhlasdotcom sekarang!