Puasa Ganti: Niat, Hukum dan Waktu

Nurul Atikah Sarji

1/31/2024

Puasa_Ganti_Niat_Rukun_dan_Syarat_.jpg

Bulan Ramadan telah pun tiba. Sudahkah anda telah mengganti puasa yang tertinggal pada tahun lepas?

Bagi setiap Muslim, kita diwajibkan untuk kita mengganti puasa jika seseorang itu tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadan yang lepas, sebagaimana dengan firman Allah SWT di bawah:


أَيَّامًۭا مَّعْدُودَٰتٍۢ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌۭ طَعَامُ مِسْكِينٍۢ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًۭا فَهُوَ خَيْرٌۭ لَّهُۥ ۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: "(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 184)

Antara sebab seseorang itu tidak boleh berpuasa dengan alasan yang dibenarkan dalam syara’ seperti sakit, berada dalam musafir, ibu yang mengandung, menyusu anak, datang haid atau nifas. 

Selain itu, ayat di atas juga menjelaskan berkaitan dengan kewajipan untuk mengganti puasa terhadap orang yang sakit dan juga musafir yang berbuka puasa. 

Lafaz niat puasa ganti adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى

Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT."


Terdapat beberapa perkara penting mengenai hukum ganti puasa Ramadan: 

  • Seseorang yang tidak berpuasa ketika bulan Ramadan perlu menggantikannya secepat mungkin setelah Ramadan. Puasa ini dikenali sebagai puasa qada. 
  • Tiada sebarang waktu tertentu untuk mengganti puasa, tetapi diingatkan untuk tidak menunda-nunda sehingga Ramadan berikutnya. Jika seorang Muslim itu menunda puasa qada tanpa sebarang alasan, maka individu tersebut perlu membayar fidyah, termasuk mengganti puasa tersebut. 
  • Bagi mereka yang terlalu sakit atau terlalu uzur sehingga tidak mampu untuk berpuasa, mereka boleh membayar fidayah yang merupakan pemberian makanan kepada orang miskin, sebagai ganti daripada berpuasa. 
  • Diingatkan bahawa individu Muslim tidak wajib untul mengganti puasa secara berturut-turut; seseorang boleh menggantinya pada hari-hari terpisah sepanjang tahun. 


Bilakah kita boleh mengganti puasa?

Setiap individu Muslim mempunyai lebih kurang satu tahun untuk menyelesaikan puasa ganti. Jadi, anda boleh melakukan puasa ganti atau qada puasa seawal 2 Syawal, sehingga sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya. 

Oleh itu, bersegeralah melakukan puasa ganti secepat mungkin.