29 Lokasi Penetapan Puasa Bulan Ramadan

Hanan Latip

2/7/2024

Penetapan_Puasa_Ramadan.jpg

Penetapan mula berpuasa di bulan Ramadan adalah dengan melihat anak bulan Ramadan. Jika tidak kelihatan anak bulan Ramadan maka cukupkan 30 hari bulan Sya’ban.

Rasulullah SAW bersabda:

Penetapan_Puasa_Ramadan_(1).png

Di Malaysia, pengisytiharan tarikh bermula puasa akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

Berikut ialah lokasi popular untuk anda melihat anak bulan: 

Perlis 

  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat 

Kedah 

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda 
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi 
  • Menara Alor Setar, Alor Setar 

Pulau Pinang 

  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh 

Perak 

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong 

Kuala Lumpur 

  • Menara Kuala Lumpur 

Selangor 

  • Bukit Melawati 
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat 
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam 

Putrajaya 

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 

Negeri Sembilan 

  • Telok Kemang, Port Dickson 

Melaka 

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara 

Johor 

  • Pontian Kechil 

Pahang 

  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi 
  • Gunung Brinchang, Cameron Highlands 
  • Bukit Pelindung, Kuantan 

Terengganu 

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu 
  • Bukit Geliga, Kemaman 
  • Pulau Perhentian, Besut 
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu 

Kelantan 

  • Bukit Peraksi, Pasir Putih 
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu 

Sarawak 

  • Tanjung Lubang, Miri 
  • Teluk Bandung, Kuching 
  • Tanjung Batu, Bintulu 

Sabah 

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan 

Labuan 

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan


Bagaimana cara menentukan anak bulan?

Penentuan anak bulan merupakan suatu proses yang penting dalam Islam. Ianya dilakukan oleh para ulama dan ahli Falak dengan menggunakan berbagai kaedah iaitu melalui pandangan mata kasar atau menggunakan teodolite dan teleskop untuk proses pengamatan Hilal.

Anak bulan atau Hilal merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang bercahaya. Ianya akan muncul selepas bulan mengalami fasa ijtimak atau fasa bulan gelap (new moon).

Rasulullah SAW mengajar kita melihat anak bulan bagi menentukan bila akan mula berpuasa. Sabda baginda ertinya: "Jangan kamu berpuasa kecuali kamu meliihat hilal iaitu (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kami melihat hilal (syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.” (Sahih Bukhari 2:1787).

Dalam menentukan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah, terdapat tiga amalan yang berbeza iaitu:

  1. Rukyah : mencerap anak bulan semata-mata

  2. Hisab Falak : kiraan hari semata-mata

  3. Rukyah dan Hisab : menggunakan ‘kriteria imkanur rukyah’ iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan.

Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan praktis penentuan awal bulan melalui kaedah rukyah dan hisab penyelesaian jalan tengah yang dilihat lebih hampir kepada kehendak syarak.