Qada’ Zakat Tertinggal dengan Mudah di ikhlas.com

Nurul Atikah Sarji

2025-10-10

Template blog atikah  (3).jpg

Setiap umat Islam yang berkemampuan wajib untuk mengeluarkan zakat. Namun begitu, bagaimanakah pula dengan zakat yang terdahulu?

Qada zakat merujuk kepada melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, tetapi gagal ditunaikan atas alasan lupa, sengaja atau alasan lain sehingga berlalu haulnya (setahun). Jadi, jika berlaku keadaan ini, maka zakat tersebut wajib di qada dengan segera.

Dalam konteks ibadah, qada bermaksud menggantikan setiap amalan fardhu (seperti puasa, solat dan zakat) yang ditinggalkan. Qada diwajibkan bagi amalan yang tertinggal kerana lupa, sengaja meninggalkannya, atau bagi orang yang kembali kepada Islam setelah murtad.

Manakala, konteks ibadah, qada bermaksud menggantikan setiap amalan fardhu, seperti puasa, solat, dan zakat. Menurut fuqaha, istilah qada’ merujuk kepada ibadah yang dilaksanakan selepas waktunya berlalu bagi mendapatkan pahala seperti amalan asal, sama ada menggantikan ibadah yang tidak sah atau yang ditinggalkan pada waktu lain.

Template blog atikah  (2).jpg

Hukum qada zakat 
Hukum qada zakat adalah wajib. Seseorang akan berdosa jika sengaja mengabaikannya.

Terdapat beberapa hikmah menunaikan qada zakat, iaitu:

  • Memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa
  • Membersihkan harta yang belum dizakatkan
  • Memenuhi hak-hak Allah SWT ke atas harta yang dimiliki
  • Menghindarkan waris daripada memakan harta yang haram
  • Mengelakkan bebanan kepada waris dengan harta yang belum dizakatkan

Apakah cara untuk menunaikan qada zakat?

Qada zakat perlu dilakukan berdasarkan nisab ketika haul yang terdahulu. Pembayaran qada zakat boleh dilakukan secara ansuran atau mengikut kemampuan individu. 

Pembayaran zakat ini boleh dibuat melalui cawangan zakat di seluruh negeri Selangor, atau melalui saluran bayaran lain seperti perbankan internet, ejen bank dan sebagainya. 

Atau lebih mudah lagi dengan membayar zakat di ikhlas.com sekarang.