Puasa Nabi Daud
Hanan Latip
3/11/2024
Puasa Nabi Daud AS bermakna puasa yang dilakukan selang sehari, iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa, dengan niat beribadat kepada Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya:
Lafaz Niat Puasa Sunat Nabi Daud
Nota: Secara asasnya, tiada lafaz niat khusus bagi puasa Nabi Daud AS. Seseorang sudah dikira berniat apabila terdetik hasrat melakukan satu perbuatan ataupun ibadat.
Bagi sesetengah individu, melafazkan niat membantu menghadirkan ataupun menegaskan niat yang ada dalam hati mereka. Justeru, bagi memudahkan, memadai berniat dalam hati seperti ini, Sahaja aku puasa sunat seperti Nabi Daud AS kerana Allah Taala.
Cara Melaksanakan Puasa Nabi Daud
Seperti yang difahami daripada hadis Nabi Muhammad SAW sebelum ini, cara melaksanakan puasa Nabi Daud AS adalah berpuasa selang sehari: sehari puasa, sehari tidak berpuasa.
Pada Hari Apa Sebaiknya Kita Mulakan?
Perkara ini tidak menjadi isu kerana bilangan hari dalam seminggu adalah ganjil, dan ini menyebabkan putaran hari berpuasa berbeza setiap minggu.
Sebagai contoh, sekiranya kita memilih memulakan puasa pada hari Jumaat minggu pertama, kita tidak akan berpuasa pada hari yang sama pada minggu seterusnya. Oleh itu, kita tidak akan berpuasa pada hari yang sama dalam dua minggu berturutan.
Hari Apa Yang Diharamkan Puasa Daud?
Puasa sunat ini dikecualikan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa, iaitu dua hari raya dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
Fadilat & Kelebihan Puasa Sunat Daud
1. Puasa yang Paling Dicintai oleh Allah SWT
Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, puasa yang paling disukai oleh Allah Taala adalah puasa Nabi Daud. Sabda Rasulullah SAW:
2. Tidak Terlalu Berlebihan dalam Sesuatu Perkara
Dengan berpuasa selang sehari, ia dapat memberikan hak kepada Allah SWT dengan berpuasa dan memberikan juga hak kepada badan untuk berehat. Di samping itu, ia akan memberi ruang dan peluang secukupnya bagi golongan yang bekerja, mencari ilmu, dan sebagainya untuk beribadat.
Dalil ini daripada soalan seorang sahabat Nabi, Abdullah bin Amr RA yang begitu bersemangat beribadat dan berpuasa.
Semoga puasa Nabi Daud ini menjadi panduan dan amalan umat Islam. Asalkan mengikut kemampuan dan tidak memudaratkan kesihatan diri. Selamat beramal!