Puasa Hari Asyura dan Tasu’a
Hanan Latip
6/28/2024
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab “asyara” yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Untuk pengetahuan anda, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah:
- Hari yang mana Rasulullah SAW mengejar fadhilat berbanding hari-hari yang lain.
- Nabi Musa AS diselamatkan oleh Allah Taala manakala Firaun dan pengikutkan tenggelam di Laut Merah.
- Diampunkan dosa setahun yang lalu.
- Hari di mana taubat nabi Adam As diterima.
- Malaikat Jibril AS, para malaikat, nabi Adam AS dan Siti Hawa AS diciptakan.
Tarikh Puasa Asyura
Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 10 Muharram dalam kalendar hijrah Islam.
Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat. Kebanyakan orang yang berpuasa Asyura ini akan mula berpuasa pada 9 Muharram (Puasa Hari Tasu’a) dan akan turut juga berpuasa pada 11 Muharram.
Kelebihan Puasa Asyura
Puasa ini sunat dilakukan sebagaimana puasa sunat yang lain dan memiliki beberapa kelebihan. Antaranya ialah:
1. Hari Kesyukuran
Banyak peristiwa hebat berlaku pada hari Asyura antaranya ialah hari di mana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa daripada Firaun dan menenggelamkan Firaun yang zalim di dalam Laut Merah. Daripada peristiwa yang berlaku inilah terletaknya kesyukuran kerana bersyukur terhindar daripada bahaya dan bermulalah episod baru buat Nabi Musa AS. Bagi menghormati hari tersebut, orang-orang Islam disunatkan berpuasa.
2. Menghapus Dosa Setahun Yang Lalu
Hadis ini memberikan kepada kita satu hikmah, iaitu sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, dosa yang dilakukannya pada tahun yang lalu akan dihapuskan. Semoga dosa yang dilakukan diampunkan oleh Allah SWT dengan melakukan amal pada hari Asyura.
3. Menghormati Peristiwa Besar
Menurut kepercayaan sebahagian manusia, termasuk Ahlu Sunnah, terdapat banyak peristiwa menakjubkan berlaku pada bulan Muharram. Sebagai contoh, mengamati dan mengambil iktibar dari kisah Nabi Nuh dan umatnya yang diselamatkan dari banjir besar, Nabi Musa AS diselamatkan daripada kejaran Firaun, berita bahawa Nabi Ayuub AS telah sembuh daripada penyakitnya dan kelahiran Nabi Isa AS dan kemudiannya diangkat ke langit.
4. Doa Tidak Akan Ditolak
Selain itu, doa yang diminta pada hari Asyura tidak akan ditolak.
Rasulullah SAW bersabda: "Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a
Lafaz Niat Puasa Asyura