Perkara Sunat dan Larangan Ketika Melakukan Korban

Hanan Latip

3/27/2024

Hari raya Aidiladha akan disambut pada 17 Jun 2024 dan ibadah korban akan dilaksanakan sehingga tamatnya hari Tasyrik pada 13 Zulhijah, iaitu 19 Jun 2024. Maka, sudahkah anda sudah tahu perkara-perkara sunat dan larangan ketika melakukan korban nanti? Jom teruskan membaca bagi mengingati semula info mengenai ibadah korban!

Perkara_sunat_dan_larangan_ketika_korban.png

Perkara sunat dilakukan oleh orang yang berkorban 

  1. Memilih haiwan yang sihat dan terbaik.
  2. Haiwan sembelihan dijaga dengan baik dan disembelih pada waktunya.
  3. Orang yang berkorban tidak boleh memotong kuku, rambut atau mana-mana anggota badan bermula dari 1 Zulhijah sehingga selesai ibadah korban. 
  4. Haiwan disembelih menggunakan pisau yang tajam.
  5. Membaca bismillah sebelum menyembelih, berselawat semasa menyembelih dan takbir sebanyak tiga kali selepas itu. 

Perkara sunat dilakukan bagi yang tidak melakukan ibadah korban

  1. Mandi sunat Aidiladha sebelum solat sunat hari raya. 
  2. Memakai baju yang kemas dan bersih.
  3. Bermaaf-maafan dan memohon keampunan.
  4. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. 
  5. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah. 
  6. Bersedekah kepada orang yang memerlukan.

Apakah pula perkara yang dilarang ketika melakukan ibadah korban?

Perkara_sunat_dan_larangan_ketika_korban_2.png

Mengambil daging korban yang disukai tanpa izin

Satu perkara yang anda wajib tahu, daging korban tidak boleh diambil tanpa izin atau hanya mengambil daging yang ‘lebih elok’. Ini akan mengakibatkan penerima yang lain menerima saki-baki daging biasa atau kuantitinya menjadi lebih sedikit. 

Ini jelas bercanggah dengan tujuan korban dilaksanakan. Berikut adalah tiga golongan yang wajar diutamakan sewaktu mengagihkan daging korban:

1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya.

1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.

1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Mengambil daging korban atas dasar upah kerja 

Tahukah anda, anda tidak boleh mengambil daging korban atas dasar upah kerja yang dilakukan penyembelih, pelapah daging dan lain-lain?  Ini tidak dibenarkan kerana sama dengan hukum jual beli. Ada juga pihak AJK masjid yang mengambil daging korban kerana merasakan mereka lebih berhak, walhal daging korban tidak boleh dijadikan sebagai upah. 

Daripada Ali bin Abi Talib RA, katanya:

أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun daripadanya," Riwayat al-Bukhari Muslim.

Memakan daging korban nazar dan diberi kepada orang bukan Islam

Bagi yang melakukan korban wajib seperti nazar, haram memakan daging tersebut bagi peserta korban dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit. Haram juga untuk memberikan daging korban tersebut kepada orang bukan Islam.

Menjual kulit, lemak, organ dan anggota lain

Sama ada korban wajib atau sunat, haram untuk menjual kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulu binatang korban oleh orang yang melakukan ibadah korban. 

Semoga anda dapat beramal dan melaksanakan ibadah korban dalam keadaan yang terbaik. Mudah-mudahan ibadah ini diterima oleh Allah SWT.

Anda merancang untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini? Di Ikhlas.com ada menyediakan platform untuk anda. Hanya dengan RM800 untuk satu bahagian lembu, anda boleh melakukan korban dengan mudah. Jadi, apa tunggu lagi? Daftar segera di sini!