Panduan Amalan Sunat di Bulan Ramadan
Nurul Atikah Sarji
2/13/2024
Alhamdulillah, bulan Ramadan yang mulia sudah menghampiri kita. Sebagai Muslim hendaklah kita mengambil peluang untuk bersama-sama menambahkan amalan dan kebaikan berbanding Ramadan sebelumnya.
Dalam Bahasa Arab, puasa bermaksud meninggalkan manakala dalam Feqah, puasa bermaksud meninggalkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari serta disertai dengan niat.
Salah satu rukun Islam yang wajib dituruti oleh setiap Muslim iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Bahkan Allah SWT berjanji bahawa bulan suci ini akan membawa pelbagai kemuliaan dan kebahagian berbanding bulan-bulan yang lain, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Terdapat beberapa manfaat yang boleh diperolehi dari ibadat puasa:
1. Melatih diri untuk menjadi ikhlas
Ibadah puasa melatih diri untuk mempunyai sikap ikhlas bagi setiap Muslim kerana ibadah ini merupakan rahsia antara Allah dan hambaNya. Hal ini kerana, seseorang itu boleh berbuka puasa pada bila-bola masa sahaja tanpa pengetahuan sesiapa, tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara ini.
2. Cekalkan jiwa
Selain menahan lapar dan dahaga, puasa juga menahan kita daripada melakukan nafsu syahwat walaupun perkara ini telah dihalalkan sebelum Ramadan. Jelaslah, perbuatan ini mendidik jiwa kita untuk cekal dan lebih tegas untuk meninggalkan perbuatan yang dilarang.
3. Memahami erti kejayaan yang sebenar
Ibadah puasa merupakan sebuah kayu ukur kejayaan seorang mukmin, dan bukannya harta ataupun kedudukan.
4. Kesihatan tubuh badan
Kajian mendapati bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan serta mampu menyembuh pelbagai penyakit.
Terdapat beberapa amalan Sunat yang boleh dilakukan di Bulan Ramadan:

1. Tadarus Al-Quran
Setiap individu pada bulan Ramadan berkejar-kejaran untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Tadarus Al-Quran merupakan amalan sunat bagi bulan Ramadan, bahkan ada yang meletakkan matlamat untuk khatam lebih daripada satu kali.
.png)
2. Berdoa
Doa merupakan senjata orang Mukmin dan ini dituntut supaya kita sentiasa berdoa kepada Allah. Kita hanya manusia yang lemah dan sentiasa letakkan Allah untuk bergantung dalam semua perkara.
Sesungguhnya, bulan Ramadan merupakan bulan yang membawa keberkatan, InshaAllah Allah akan makbulkan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
.png)
Oleh itu, perbanyakkan berdoa pada bulan Ramadan dan jangan putus asa. Antara cadangan waktu mustajab berdoa ketika ingin berbuka dan selepas berbuka kerana terdapat keberkatan dalam makanan tersebut.
3. Zikir dan selawat
Dua amalan ini merupakan amalan yang mudah dilakukan oleh semua Muslim. Bagi wanita haid, anda boleh melakukan amalan ini kerana perbuatan ini bukan penghalang untuk mereka melakukan ibadah kepada Allah dalam waktu Ramadan. Antara selawat yang boleh dibaca iaitu selawat tafrijitah, selawat ibrahimiyyah dan sebagainya.
4. Sahur
Sahur merupakan amalan sunat yang merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya ada bulan Ramadan mahupun pada waktu-waktu lain jika seseorang individu itu hendak berpuasa.
Keberkatan sahur terbahagi kepada dua iaitu:
.png)
5. Segerakan berbuka puasa
Ya, kita disunatkan untuk segera berbuka puasa. Hal ini berdasarkan dengan perbuatan Rasulullah SAW yang menyegerakan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum melakukan solat Maghrib.
.png)
Anda juga boleh berbuka dengan manisan terlebih dahulu seperti buah-buahan jika dikhuatiri tidak larat untuk menunaikan solat maghrib.
6. Solat Sunat Terawih dan Qiamullail
Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan amalan Qiamulalil. Bahkan kita boleh lihat setiap malam semua masjid dipenuhi dengan Muslim yang ingin bersama-sama meakukan ibadah ini. Selain itu, bagi yang ingin melakukan witir ketika Qiamulail pula, anda dibolehkan untuk menunaikan di witir di masjid setelah solat Terawih dan kemudian anda tidak perlu lagi melakukan solat sunat witir apabila bangun malam untuk menunaikan solat sunat.
7. Sedekah
Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam akan lebih banyak bersedekah kerana puasa yang digabungkan dengan sedekah dan solat malam akan mendapat jaminan syurga. Perbuatan ini juga boleh mendorong kita untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana Allah sentiasa menyayangi hambanya yang mempunyai sikap rendah hati, bersyukur dan suka menolong orang.