Istimewanya Hari Raya Korban kepada Umat Islam & Fadilatnya

Hanan Latip

4/1/2024

Hari Raya Aidiladha amat istimewa untuk seluruh umat Islam kerana bertujuan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan untuk mengorbankan anaknya, iaitu Nabi Ismail AS Taatnya baginda dan Nabi Ismail terhadap perintah Allah SWT sehingga sanggup berserah kerana Allah Taala.

Simbolik dari peristiwa inilah, semua umat Islam menyembelih binatang-binatang korban dan diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti orang miskin. 

Hikmah Pelaksanaan Korban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim AS.
  • Mendidik jiwa ke arah taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Membuang sifat tamak dan menanam sifat murah hati untuk membelanjakan harta dimiliki ke jalan Allah SWT.
  • Tanda kesyukuran dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutamanya antara golongan berada (berkemampuan) dan kurang berkemampuan.

Melakukan Korban, Bukan Hanya Sekadar Pahala dan Ibadah

Jumhur (majoriti) ulama menyatakan hukum asal melaksanakan ibadah ini adalah sunnah muakkadah (sunat yang amat dituntut) ke atas setiap individu. Ibadah ini disyariatkan kepada para lelaki, malah ke atas para wanita yang berkemampuan juga.

Ini berdasarkan dalil sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Istimewanya_Hari_Raya_Korban_Kepada_Umat_Islam.png

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Istimewanya_Hari_Raya_Korban_Kepada_Umat_Islam_(2).png

Ibadah ini sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat korban berdasarkan firman Allah SWT:

Istimewanya_Hari_Raya_Korban_Kepada_Umat_Islam_(3).png

Dalil Hadis Nabi SAW, dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Istimewanya_Hari_Raya_Korban_Kepada_Umat_Islam_(4).png

Korban dilakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan meningkatkan lagi taqwa dan iman kepada Allah SWT. 

IKHLAS X QURBAN

Qurban bersama IKHLAS dan kami akan memberikan jaminan bahawa 100%  setiap Qurban dibeli dan disalurkan daripada setiap komuniti Islam tempatan bagi setiap negara yang disasarkan. 

Maka, anda dapat menyedekahkan daging Qurban kepada golongan yang berkeperluan dan juga meningkatkan ekonomi dan penghayatan ajaran Islam kepada masyarakat Islam di luar sana.

Berniat untuk melakukan korban pada tahun ini? Dengan IKHLAS, segalanya akan menjadi mudah!

  • Penghantaran daging korban terus ke lokasi pilihan anda
  • Dikendalikan sepenuhnya oleh IKHLAS
  • Bagi Korban Luar Negara, kami laksanakan di 35 negara!
  • Setiap penyertaan akan diberikan sijil (menerusi dalam talian)

Antara lokasi-lokasi IKHLAS melakukan korban pada tahun 2023.

DO11030543.JPG

DO11030716.JPG

IMG_4608.jpg

IMG_4641.jpg

IMG_0261.jpg

  1. Masjid al Ikhlasiah Pantai Dalam
  2. Surau al-Islah Sentul
  3. Masjid Sungai Ular, Terengganu

Tunggu apa lagi? Tempah bahagian korban anda sekarang bersama ikhlas.com Qurban!