Ibadah Yang Dilakukan Rasulullah SAW Sepanjang Hayat
Hanan Latip
2/5/2024

Nabi Muhammad merupakan suri teladan buat umat Islam. Segala kebaikan dan sunnah yang dilakukan hendaklah diikuti oleh umatnya agar dapat menerima pahala dan mendapat kebaikan di akhirat nanti.
Walaupun Baginda sibuk dengan urusan kepemimpinan, Baginda sentiasa mengisi waktu untuk melakukan ibadah sepanjang hayatnya. Marilah kita menghayati dan mengamalkan ibadah-ibadah yang telah dilakukan oleh Kekasih Allah seperti di bawah:
1. Membaca al-Quran
Direkodkan oleh al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman daripada Nukman Bin Basyir. Nabi SAW bersabda :

Ibnu Mas’ud kemudian membaca Surah an-Nisaa’ dan ketika sampai pada ayat 41 yang bermaksud, “Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi dan Kami datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini?” Baginda berkata dengan air matanya berlinangan: “Sudah, cukup.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari oleh setiap umat Islam secara bertalaqqi atau berguru. Kita juga perlu mempelajarinya secara berterusan agar dapat memperbaiki diri melalui kisah di dalam al-Quran dan cara sebutan yang betul.
2. Lakukan Solat Sunat di Rumah

Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi. Umar meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW:

Oleh itu, lakukanlah apa jua solat solat sunat di rumah seperti solat sunat Dhuha, solat sunat hajat dan banyak lagi.
3. Solat Rawatib
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar r.huma. Yang menceritakan: “Ada lapan rakaat solat sunat yang aku pelihara (tidak meninggalkannya) daripada Rasulullah SAW: dua rakaat sebelum solat zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak."
Nabi Muhammad SAW juga melakukan solat sunat dua rakaat pada sebelum solat subuh.
4. Solat Dhuha
Solat Dhuha atau dikenali dengan nama solat al-Awwabin kerana waktunya bermula setelah terbitnya matahari. Nabi Muhammad SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:


Berdasarkan ayat di atas, ia merupakan perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umat Baginda untuk menunaikan solat tahajud di malam hari. Solat tahajud juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Tahukah anda, witir bermaksud ganjil. Oleh kerana itulah, ia akan didirikan dalam bilangan rakaat yang ganjil.
Nabi Muhammad SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA akan melazimi solat sunat witir ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah RA:

Baginda juga tidak pernah meninggalkan solat witir walaupun sedang bermusafir.
7. Puasa Sunat
“Rasulullah SAW berpuasa pada awal bulan selama tiga hari pada setiap bulan, dan jarang sekali Baginda tidak berbuka pada hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al Qasim bin Dinar al Kufi, dari Ubaid bin Musa, dan diriwayatkan pula oleh Thalaq bin Ghanam, dari Syaibani, dari `Ashim, dari Zirin bin Hubaisy, yang bersumber dari Abdullah RA)
“Nabi SAW bersungguh-sungguh mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis.” (Diriwayatkan oleh Abu Hafsah, Umar bin Ali, dari Abdullah bin Daud, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma’dan, dari Rabi’ah al Jarsyi, yang bersumber dari Aisyah RA)
8. Sedekah
Nabi Muhammad SAW seorang individu yang suka bersedekah dan menolong orang lain. Setelah menjadi nabi dan rasul, lebih banyak Baginda melakukan kebaikan seperti memberi orang miskin makan dan memerdekakan budak.
Ibnu Abbas menuturkan bahawa Nabi Muhammad SAW kerap bersedekah di bulan Ramadhan:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.” (Hadis Riwayat al-Thabrani)
Diharapkan semua umat Islam menanamkan azam untuk melakukan amalan-amalan di atas secara berterusan. Jika kita mencintai Nabi Muhammad SAW, marilah mengamalkan apa yang telah Baginda ajarkan. Hal ini kerana, amalan ini jualah yang dapat membantu kita di akhirat nanti.