Hukum Mengingkari Puasa Ramadan

Hanan Latip

2/21/2024

Orang yang sengaja mengingkari kefardhuan puasa adalah kafir, sama dengan murtad. Kecuali, bagi mereka yang baru memeluk Islam atau tidak sampai seruan Islam kepadanya.

Hukum_tinggal_puasa.jpg

Mazhab Imam al-Syafie dan Mazhab Imam Ahmad pula berpandangan orang yang meninggalkan puasa dengan makan atau minum secara sengaja tidak dikenakan kafarah, kerana kafarah hanya khusus kepada orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari dalam bulan Ramadan sahaja. Namun, kedua mereka seiring bahawa puasa tetap wajib diqada’kan. Rujuk kepada Mausuah al-Fiqhiyah (28/60).

Hukum_Mengingkari_Puasa_Ramadhan.png

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan ia adalah dosa besar apabila meninggalkan puasa Ramadan tanpa uzur  kerana tidak mungkin dapat diganti dengan qada’ dari sudut nilaiannya.

Hal ini kerana, puasa dianggap salah satu paksi dan rukun Islam yang mesti ditegakkan dalam kehidupan seharian umat Islam. 

Puasa Ramadan merupakan puasa yang wajib dikerjakan apabila tiba pada waktu yang ditetapkan. Ia telah ditetapkan oleh syarak ke atas setiap umat Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah, 183)

Diharapkan dengan perkongsian ini, semua umat Islam teguh melakukan ibadah di bulan puasa dan tidak memandang enteng larangan Allah SWT.