Hukum dan Siapa Perlu Bayar Fidyah
Ayu Nadirah
1/24/2024

Ramadan 2024 akan tiba tidak lama saja lagi. Mesti ramai yang teruja dengan kedatangan bulan yang mulia ini bukan? Namun buat anda yang ada meninggalkan puasa pada Ramadan yang lalu atas sebab tertentu, anda dah habis ganti puasa atau belum? Jangan sengaja melewat-lewatkan ganti puasa, kalau anda tak mahu membayar fidyah.
APAKAH MAKSUD FIDYAH?
Fidyah adalah bayaran yang dilakukan oleh seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada tahun tertentu sehingga telah memasuki Ramadan berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah wajib bagi bilangan hari yang ditinggalkan. Namun, seseorang itu tetap wajib menggantikan puasanya sehingga habis. Ia juga dianggap hutang kepada Allah sekiranya tidak dilaksanakan.
Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 184, maksudnya: “Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
GOLONGAN YANG WAJIB GANTI PUASA DAN BAYAR FIDYAH
- Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan kandungannya jika berpuasa.
- Perempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan bayinya jika berpuasa.
- Perempuan yang datang haid sehingga menghalangi puasa dan tidak menggantikan puasanya sebelum Ramadan tahun berikutnya.
- Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah ke Ramadan pada tahun yang berikutnya.
- Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan dirinya jika berpuasa.
- Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa.
- Orang yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa.
- Orang yang bermusafir dan tidak mampu berpuasa.
GOLONGAN YANG TIDAK WAJIB GANTI PUASA TETAPI WAJIB BAYAR FIDYAH
- Orang yang sakit kronik dan tiada harapan sembuh menurut doktor.
- Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa.
TEMPOH PEMBAYARAN FIDYAH
Waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat dilakukan. Namun, waktunya tidak terhad kepada satu tempoh yang tertentu. Kita juga digalakkan untuk segera membayar fidyah. Bagi individu yang lambat menggantikan puasa sehingga telah tiba bulan Ramadan tahun yang berikutnya, perlu membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan. Bilangan hari untuk menggantikan puasa pula kekal sama.
KAEDAH PENGIRAAN FIDYAH
Anda perlu mengambil bilangan hari yang ditinggalkan dan gandakan dengan nilai secupak beras mengikut kadar yang ditetapkan mengikut negeri.

Sebagai contoh, jika anda menetap di Selangor dan puasa yang belum diganti adalah selama 5 hari. Maka kiraan fidyah anda adalah seperti:
5 hari x RM2 = RM10, jadi jumlah fidyah yang perlu anda bayar adalah RM10.
NOTA PENTING: Semak dan lakukan pengiraan berapa perlu dibayar di kalkulator yang telah disediakan di platform IKHLAS Fidyah.
CARA MEMBAYAR FIDYAH
Fidyah boleh dibayar melalui beberapa cara:
- Secara tunai iaitu anda boleh lakukan bayaran terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri anda.
- Secara dalam talian di mana anda membayar fidyah melalui e-zakat negeri atau laman web pejabat agama.
Selain itu, anda juga boleh membayar fidyah di platform IKHLAS: BAYAR FIDYAH DI SINI