Hayati Nuzul Al-Quran, Peristiwa Penting di Bulan Ramadan

Nurul Atikah Sarji

4/5/2024

Quran.png

Nuzul al-Quran yang telah berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610 Masihi yang lalu merupakan satu peristiwa yang bersejarah bagi setiap umat Islam. 

Pada 17 Ramadan, Allah SWT telah menurunkan wahyu pertama iaitu al-Quran kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan malaikat Jibril dan ini berterusan selama 23 tahun hingga menjadi senaskah al-Quran yang lengkap. 

Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah berumur 41 tahun ketika baginda sedang mengasingkan dirinya daripada orang sekeliling dan beribadat di dalam Gua Hira’ seorang diri. 

‘Nuzul’ dari segi bahasa bermaksud menetap di sesuatu tempat atau turun daripada tempat yang tinggi. Manakala kata perbuatan ‘nazala’ bermaksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. 

Nuzul al-Quran sebenarnya membawa maksud al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu kepada Nabi Muhammad. Bahkan, perkataan ‘Nuzul’ telah digunakan dalam al-Quran sebanyak 290 kali. 

Ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah lima ayat pertama daripada Surah al-Alaq.

Tujuan al-Quran diturunkan: 

Al-Quran merupakan panduan lengkap bagi setiap insan. Ini juga merupakan tadabbur kandungannya, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: 

Nuzul_Quran.png

Sebagai seorang Muslim, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunnah kerana Nuzul al-Quran berada dalam pusingan 10 malam terakhir Ramadan bagi memburu Lailatul Qadar.