Ciri-Ciri Haiwan Terbaik & Makruh untuk Korban

Nurul Atikah Sarji

4/24/2025

Musim ibadah korban semakin menghampiri, dan ramai umat Islam mula mencari panduan serta maklumat berkaitan sembelihan yang sah. Mari kita lihat apakah ciri-ciri haiwan yang layak untuk dijadikan korban menurut syariat Islam. Dalam Islam, terdapat syarat khusus bagi haiwan yang boleh dijadikan sembelihan korban. Haiwan tersebut mestilah termasuk dalam kategori ternakan jinak atau haiwan yang termasuk dalam kategori haiwan zakat. Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, jenis haiwan ternakan yang layak adalah unta, lembu, kambing, kerbau, biri-biri dan kibas.

_Template images for blog 2.0.png

Selain itu, ciri-ciri lembu yang sesuai dan terbaik bagi ibadah korban adalah:

  • Telah cukup umur, iaitu mencapai usia dua tahun ke atas dan telah gugur gigi hadapan (musinnah)

  • Tidak mempunyai kecacatan fizikal, seperti pincang atau buta

  • Dalam keadaan sihat, tidak menghidap sebarang penyakit, serta tidak terlalu kurus

Perkara makruh dalam ibadah korban?

Terdapat beberapa keadaan haiwan yang tidak digalakkan untuk dijadikan korban, antaranya:

  • Haiwan yang telinganya koyak atau terpotong sedikit pada bahagian belakang

  • Haiwan yang tidak bertanduk, tanduknya patah ataupun pecah

  • Mengambil bulu haiwan untuk kegunaan sendiri sebelum ia disembelih, jika boleh memudaratkannya

Apakah jenis jantina yang lebih afdal untuk dijadikan haiwan korban?

Menurut pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, kedua-dua jantan dan betina adalah dibenarkan untuk ibadah korban. Namun, haiwan jantan dianggap lebih utama (afdal), seperti yang disebut dalam Hadis Riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW menyembelih dua ekor kambing jantan yang bertanduk dan berwarna putih kehitaman.

قَالَ: «ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berkorban dengan dua ekor jantan kibas (kambing biri-biri) putih kehitaman lagi bertanduk.

Secara kesimpulan, walaupun dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban daripada kalangan betina mahupun jantan, haiwan jantan lebih diutamakan, terutamanya yang belum banyak digunakan untuk pembiakan. Daging haiwan jantan juga dikatakan lebih baik daripada seegi kualitinya.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua. Kini, jangan risau! Anda boleh melakukan korban secara atas talian bersama ikhlas.com melalui pautan ini!