Cara Solat di Atas Kapal Terbang
Nurul Atikah Sarji
4/9/2024

Solat merupakan ibadah agung dan tanggungjawab kepada Muslim. Ibadah ini merupakan ibadah wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap Muslim, tanpa mengira lokasi atau keadaan.
Namun yang demikian, kita perlu ingat bahawa Allah memberikan kelonggaran dan keringanan dalam menjalankan ibadah ini. Sebagai contoh, ketika berada dalam kesulitan, sakit ataupun ketika bermusafir.
Prinsip keringanan ini tercermin dalam firman Allah SWT yang dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 185, yang bermaksud:
.png)
Ayat di atas menegaskan kehendak Allah untuk memberikan kemudahan kepada umat-Nya. Kesukaran atau kesulitan dalam menjalankan ibadah tidak dikehendaki oleh Allah, dan agama Islam memberikan kelonggaran dalam situasi-situasi tertentu.
Selain itu, hadith Rasulullah SAW memberikan panduan yang lebih terperinci tentang kelonggaran dalam melaksanakan solat. Dalam hadith riwayat al-Bukhari, Rasulullah menyatakan:
.png)
Dari hadis ini, tergambar bahawa solat harus dilaksanakan sebaik mungkin sesuai kemampuan, dan kelonggaran diberikan untuk solat dalam keadaan duduk atau mengiring ketika seseorang menghadapi kesulitan fisik.
Allah SWT tidak pernah melarang umatnya untuk bermusafir ataupun melancong bagi meningkatkan lagi iman kita serta melihat kekuasaan Nya. Oleh itu, Islam memberikan kelonggaran untuk melaksanakan solat di atas kenderaan seperti kereta, teksi, bas ekspres, perahu, kapal selam, dan kapal terbang.
Abdullah Ibnu Umar RA meriwayatkan pertanyaan seorang sahabat kepada Nabi SAW tentang cara bersolat di perahu. Nabi SAW menjawab:
.png)
Hadis ini menjadi dasar hukum untuk bersolat di atas kenderaan, dengan ketentuan bahwa solat dilakukan sesuai dengan kemampuan dan keadaan kenderaan tersebut.
Bagaimana untuk solat di atas kapal terbang?
Pada hari ini, banyak orang melakukan perjalanan dengan kapal terbang, bahkan buat Muslim yang hendak melakukan Umrah atau Haji ke Tanah Suci sudah tentu kita menggunakan kapal terbang. Justeru, Islam memberikan ketentuan-ketentuan tertentu untuk solat di atas kenderaan udara.
Bagi umat Islam yang melakukan perjalanan dengan kapal terbang, kelonggaran tetap diberikan. Solat dilakukan secara berdiri, kecuali jika terdapat rasa takut seperti bergoncang, bergoyang, atau kondisi lain yang dapat mengganggu khusyuk.
Hal ini sebagaimana pendapat Syeikh Siddiq Hasan: “Adapun kapal terbang sah solat padanya dengan mendatangkan apa yang iktibar padanya. Jika tidak, hukumnya tidak sah kecuali dibimbangi keluar waktu. Sedangkan dia masih dalam kapal terbang, pada ketika itu bolehlah dia solat mengikut apa jua keadaannya.”
Selain itu, Rasulullah SAW sendiri pernah bersolat di atas binatang tunggangan, menunjukkan bahwa Islam memberikan fleksibilitas dalam melaksanakan solat.
Dengan demikian, ajaran Islam tentang solat tidak hanya menekankan kewajiban melaksanakan ibadah ini tetapi juga memberikan kelonggaran dan kemudahan dalam situasi-situasi tertentu. Keterbukaan ini mencerminkan rahmat dan pemahaman agama terhadap kondisi dan keterbatasan individu.
Oleh karena itu, seorang Muslim diharapkan untuk menjalankan solat dengan penuh kesungguhan, sambil memahami dan mengaplikasikan kelonggaran yang diberikan oleh agama.
Sebagai kesimpulan, solat fardhu adalah kewajiban yang tidak tergantikan, bahkan di atas kapal terbang sekalipun. Umat Islam diberikan kemudahan dan kelonggaran untuk melaksanakannya mengikut kemampuan dan situasi yang dihadapi.
Paling penting, niat dan usaha untuk menjalankan solat dengan sebaik-baiknya adalah yang utama, dan Allah SWT Maha Mengerti serta Maha Pemurah.