Boleh ke Wanita Travel Solo?

Hanan Latip

5/27/2025

Boleh Ke Wanita Travel Solo (2).png

Boleh ke wanita travel solo? Persoalan ini pastinya pernah terdetik dalam fikiran ramai, terutamanya kaum wanita yang gemar melancong. Ada masanya mungkin kebanyakan daripada anda mahukan masa untuk bersendirian dan menjelajah dunia. Namun, adakah keinginan anda ini dibolehkan dalam Islam?

Apa itu solo travelling? 

Solo travelling adalah melakukan aktiviti percutian bersendirian tanpa ditemani orang lain. Mengikut ulama mazhab al-Syafie, hukumnya harus bagi wanita yang tidak memiliki mahram untuk melakukan ibadah haji setelah memenuhi syarat wajib haji. Tetapi dia hendaklah ditemani sekumpulan wanita yang dipercayai. (Lihat: Mughni al-Muhtaj; 2/216-217, al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 25/38)

Namun, ulama mempunyai pendapat yang berbeza dalam hal perjalanan seorang wanita untuk umrah sunat, menziarahi ahli keluarga, menuntut ilmu, melancong dan sebagainya. 

Sekiranya jarak perjalanan tersebut dekat, maka ia diharuskan sebagaimana pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan juga Hanbali. Namun, jika ia melibatkan perjalanan yang jauh, maka terdapat dua pandangan dalam kalangan ulama:

  1. Diharuskan perjalanan wanita tanpa mahram jika dipastikan perjalanan tersebut adalah selamat. Ini merupakan sebahagian pandangan daripada mazhab Maliki dan al-Syafie. Pandangan ini juga dikemukakan oleh Imam Nawawi, Abu Hamid al-Ghazali dan al-Mawardi.

  2. Tidak diharuskan perjalanan wanita tanpa mahramnya. Inilah merupakan pandangan jumhur ulama.

Boleh Ke Wanita Travel Solo.png

Dapat disimpulkan bahawa hukum solo travelling bagi wanita adalah harus, tetapi berlandaskan beberapa syarat seperti di bawah: 

  • Keadaan mestilah selamat kepada diri, agama, maruah dan ketika perjalanannya iaitu dalam perjalanan, ketika di destinasi dan juga ketika pulang.

  • Mendapat keizinan daripada mahram dan juga wali yang terdekat.

  • Tidak pergi ke tempat yang boleh membawa fitnah atau mudarat terhadap dirinya.

Diharapkan perkongsian ini meleraikan kemusykilan yang anda ada mengenai wanita yang solo travel. Semoga anda semua sentiasa dilindungi dalam perjalanan jauh mahupun dekat, selain terpelihara daripada segala fitnah dan mudarat.