Boleh ke Buat Korban untuk Orang yang Telah Meninggal Dunia?
Hanan Latip
5/21/2024

“Boleh ke saya buat korban untuk ayah saya yang telah meninggal dunia?”
Rata-rata umat Islam pasti terdetik mempunyai soalan sebegini lebih-lebih lagi ketika musim korban dan berniat untuk bersedekah bagi pihak si mati.
Bagi menjawab persoalan ini, para Ulama’ Mazhab As-Syafie meletakkan 3 syarat bagi melaksanakan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia.
1. Korban Wasiat
Korban wasiat ialah si mati sempat berwasiat sebelum meninggal dunia untuk dilaksanakan ubadah korban untuk dirinya. Maka, waris dituntut untuk melaksanakan korban dan daging korban tersebut mesti disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin.
2. Korban Nazar
Untuk pengetahuan semua, korban nazar wajib dilakukan di atasnya kerana si mati telah bernazar untuk melakukannya setelah mendapat apa yang dihajatkan. Daging ini haram dimakan oleh yang melakukan korban nazar dan ahli keluarga di bawah tanggungannya. Wajib juga disedekahkan kepada fakir miskin.
3. Korban Ta’yin
Korban ta’yin pula si mati pernah berniat untuk melaksanakan korban dan telah menentukan binatang yang akan disembelihnya tetapi telah meninggal dunia sebelum melaksanakannya. Maka, waris atau individu yang mengetahui perkara ini harus menyembelihkan bintang korban bagi pihak si mati. Daging tersebut tidak boleh ambil dan wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
Dari sini kita dapat melihat bahawa kita tidak diharuskan untuk melakukan ibadah korban dan diniatkan atas nama si mati. Kini, anda sudah tahu mengenai perkara ibadah korban untuk orang yang telah meninggal dunia. Semoga ia dapat dijadikan panduan dan ingatan kepada seluruh umat Islam mengenai hal berkenaan ibadah korban.

Anda merancang untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini? Di Ikhlas.com ada menyediakan platform korban untuk anda. Tidak perlu susah-susah, kami akan menghantar daging korban terus ke rumah anda! Ketahui maklumat lanjut di sini.