Apa itu Nazar?
Nurul Atikah Sarji
1/31/2024

Nazar adalah pengakuan bersumpah bahawa seseorang Muslim akan melakukan sesuatu berdasarkan satu peristiwa, untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syarak.
Sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

Menurut pendapat ulama, mereka bersepakat dan berpendapat bahawa wajib untuk setiap Muslim melaksanakan apa yang dinazarkan, jika perbuatan nazar tersebut adalah sesuatu yang mempunyai landasan sah dalam Islam.
Secara umumnya, terdapat tiga jenis nazar iaitu:
- Nazar untuk melakukan mahupun meninggalkan sesuatu, yang berkait dengan denda jika nazar itu tidak dilaksanakan.
- Nazar tanda kesyukuran ketika memperoleh sesuatu perkara baik atau meminta untuk dipelihara daripada perkara buruk.
- Nazar mutlak yang tidak dikaitkan dengan sebarang masa atau syarat tertentu dan ia perlu dilaksanakan pada seberang masa selepas nazar itu dilakukan.
Hukum melakukan nazar
Dalam Islam, nazar merupakan perkara harus. Tetapi, ia boleh menjadi satu kewajipan sekiranya ia boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan menjadi haram sekiranya boleh menzalimi atau mengancam nyawa seseorang.
Selain itu, haram juga jika perbuatan nazar itu mampu menzalimi ahli waris yang yang menerima harta pusaka dengan mengurangkan bahagian yang diterima mereka.
Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk menunaikan nazar yang telah dilafazkan sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran:
Baca juga, Hukum dan Syarat Akikah