Amal 4 Sunah Rasulullah SAW Sebelum Tidur
Hanan Latip
6/25/2024

Adab sebelum tidur ini, Islam telah menggariskan panduan agar menjadi panduan dan diikuti buat seluruh umat Islam. Berikut kami kongsikan beberapa sunah Rasulullah SAW amalkan sebelum tidur.
1. Berwuduk
Sebelum anda tidur, mari mengambil wuduk terlebih dahulu.
Dalam sebuah hadis yang turut diriwayatkan oleh al-Bara’ bin ‘Azib RA, Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
Maksudnya: Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka hendaklah kamu wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu. (Riwayat al-Bukhari (247) dan Muslim (2710))
Hadis ini terdapat tiga sunah, salah satunya berwuduk untuk tidur kerana dibimbangi Allah mematikannya tanpa taharah (tanpa dalam keadaan bersuci). Dan seterusnya supaya mimpinya benar serta jauh daripada permainan syaitan dalam mimpinya dan yang menakutkannya. Ketiga, jika dia mati, maka akhir amalannya di dunia adalah bertaharah serta zikrullah. Hal ini dikatakan oleh Al-Qadhi 'Iyadh.
2. Mengibas Kawasan Tempat Tidur
Sebelum tidur juga, anda digalakkan untuk mengibaskan katil atau kawasan tempat tidur sebanyak tiga kali.
Dalam hadis Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu hendak mendatangi tempat tidurnya, hendaknya ia mengibas kawasan tempat tidurnya (katil) dengan kain sarungnya kerana ia tidak mengetahui apa yang ada padanya, kemudian mengucapkan:
بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ
Maksudnya: “Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.” (HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
3. Membaca Doa Sebelum Tidur
Sebelum tidur, biasakan diri untuk membaca doa sebelum tidur. Doa sebelum tidur dianjurkan untuk dibaca bagi menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus dan agar diri di dalam lindungan Allah SWT.
بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ بِسْمِكَ اَمُوْتُ
Maksudnya: “Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati.”
4. Membaca Ayat Kursi dan Surah 3 Qul
Selepas membaca doa sebelum tidur, anda digalakkan juga untuk amalkan membaca Ayat Kursi dan 3 Qul.
Dari Aisyah RA berkata:
كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila hendak beranjak ke tempat tidurnya setiap malam, baginda akan menyatukan kedua telapak tangannya lalu meniupkan keduanya dan membacakan keduanya surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. Kemudian, mengusap dengan keduanya bagian mana saja semampunya. Baginda memulainya dari atas kepala dan wajahnya serta bagian belakang dari badannya. Baginda melakukan perkara itu tiga kali.” (HR. Muslim)
Kesimpulan, marilah kita amalkan perkara-perkara di atas agar tidur kita dijaga oleh para malaikat dan dibawah perlindungan Allah SWT.