Adakah Benar Haiwan Korban akan Menjadi Tunggangan Kita di Akhirat?
Ayu Nadirah
5/23/2024

Ibadah korban adalah ibadah utama yang disyariatkan untuk umat Islam lakukan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, semata-mata untuk memenuhi perintah Allah SWT. Ia adalah sunat muakkad dan ibadah yang paling afdal dilakukan pada hari raya Aidiladha.
Perintah melaksanakan korban ini datang seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang bersabda:
.png)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Hadis ini menjelaskan tentang ibadah yang paling afdal untuk dilakukan pada hari raya Aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Binatang yang dikorbankan akan datang pada hari akhirat kelak sepertimana ia di dunia tanpa terdapat sebarang kekurangan padanya. Setiap anggota tubuh binatang itu juga terdapat ganjaran pahala dan ia akan menjadi tunggangan orang yang berkorban ketika melintasi titisan sirat.
Selain itu, antara perkara sunat yang digalakkan untuk orang yang mahu berkorban adalah memilih binatang korban yang besar dan terbaik. Diriwayatkan kelebihannya, haiwan korban itu akan menjadi tunggangannya untuk melintas titian sirat di akhirat kelak. Ini berdasarkan hadis: "Besarkanlah binatang korban kamu sekalian kerana sesungguhnya ia adalah tunggangan kamu sekalian di atas titian sirat."
Hadis ini masyhur disebutkan dalam sebahagian kitab fiqah mazhab Syafii dan lain-lain. Antara yang menyebutkannya ialah Imam al-Haramain al-Juwaini dalam kitab al-Nihayah, diikuti oleh Imam al-Ghazali dalam kitab al-Wasit dan Imam ar-Rafie dalam kitab al-Aziz.
Lakukan korban bersama ikhlas.com di IKHLAS QURBAN!