Adab Dan Rahsia Doa Mudah Makbul

Ayu Nadirah

1/22/2024

Adab_&_Rahsia_Doa_Mudah_Makbul.jpg

Pengertian berdoa adalah memohon atau meminta pertolongan kepada Allah SWT. Sebagai orang beriman, kita layak untuk berdoa apa sahaja asalkan ia bukanlah perkara yang membawa keburukan. Berdoalah walau sekecil-kecil perkara hinggakan kepada perkara yang dianggap mustahil pada jangkauan pemikiran manusia. 

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sabda_doa.png

Anjuran untuk berdoa

Selain membawa manfaat kepada yang berdoa, doa juga adalah medium komunikasi antara hamba dan Sang Pencipta. Allah sangat suka apabila hambaNya datang kepadaNya dan meminta berulang kali. Allah juga menjanjikan yang Dia akan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambaNya yang berdoa seperti yang disebut dalam Surah Ghafir, ayat ke 60. 

Firman Allah:

Surah_Ghafir_60.png

Hadis_doa.png

Hadis_doa_2.png

Hadis_doa_3.png

Hakikatnya kita boleh berdoa kepada Allah pada bila-bila masa sahaja. Namun, kita juga mesti mengambil tahu tentang adab dalam berdoa, waktu dan juga tempat mustajab berdoa. Mudah-mudahan setiap doa yang dipanjatkan kepada Allah mudah terkabul.


Cara berdoa yang betul

1. Menghadap kiblat

Hal ini berdasarkan sebuah hadis iaitu:

Sabda_nabi_2.png

2. Membaca pujian, istighfar dan selawat

Salah seorang sahabat Nabi berkata “Ketika Nabi Muhammad SAW duduk di masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki masuk, lalu ia solat. Setelah selesai, ia membaca doa ‘Allahummaghfirlii warhamnii’. Maka waktu itu Rasulullah pun berkata ‘Wahai kawan, engkau terburu-buru. JIka engkau solat, duduklah dahulu kemudian bacalah puji-pujian kepada Allah kerana Dia yang memiliki pujian itu. Lalu engkau baca selawat kepadaku, kemudian baru berdoa’. Setelah itu, datang seorang yang lain selepas solat ia memuji Allah dan membaca selawat untuk Nabi SAW, dan Nabi bersabda: berdoalah, maka akan dipenuhi.”

3. Dengan suara lembut dan penuh rasa takut

Firman Allah SWT berbunyi, “Berserulah (berdoa) kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah engkau berbuat kerosakan di bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak diterima) dan berharap (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik,” Surah Al -A’raf: 55-56.

4. Yakin akan dipenuhi

Setiap kali berdoa, kita harus sentiasa berprasangka baik kepada Allah dan mempunyai keyakinan bahawa Allah pasti akan perkenankan doa kita, seperti yang disebut dalam hadis “Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu,” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Juga sebaik-baiknya berdoa dan diulang tiga kali.


Waktu paling baik untuk berdoa

Berikut adalah sembilan waktu yang digalakkan untuk berdoa.

  1. Antara azan dan iqamat.
  2. Menjelang waktu solat dan sesudahnya.
  3. Waktu seperti malam yang terakhir.
  4. Sepanjang hari Jumaat.
  5. Antara Zuhur dan Asar, serta Asar dan Maghrib.
  6. Keika selesai membaca Al-Quran.
  7. Ketika hujan turun.
  8. Ketika melakukan tawaf.
  9. Ketika menghadapi musuh di medan perang.

Tempat doa mustajab

Selain itu, perhatikan juga beberapa tempat yang sangat digalakkan untuk memperbanyak berdoa kerana ia dianggap sebagai tempat mustajab.

  • Di depan dan di dalam Kaabah.
  • Di masjid Rasulullah SAW.
  • Di belakang makam Nabi Ibrahim AS.
  • Di atas bukit Safa dan Marwah.
  • Di Arafah, Muzdalifah, Mina dan di sisi tiga Jamrah.
  • Di tempat yang mulia seperti masjid atau surau.