8 Perkara yang Membezakan Akikah dan Korban
Hanan Latip
5/9/2024
Mesti anda keliru kerana ibadah korban dan akikah hampir sama dan tampak serupa! Tetapi, sebenarnya tidak ya, kedua-dua ini sama sekali berbeza.

Nak tahu perbezaan korban dan akikah? Teruskan membaca bagi mengetahui perkara-perkara tersebut!
KORBAN | AKIKAH | |
Niat | Korban tidak mempunyai niat khusus semasa menyembelih atau membeli ternakan korban. Anda boleh berniat; “Sahaja aku melakukan korban sunat kerana Allah Taala” Tetapi ia akan berlainan jika melakukan korban nazar. Niat bagi yang sudah memiliki binatang korban: "Demi Allah/Kerana Allah ke atasku menyembelih lembu ini sebagai korban" atau; "Ke atasku menyembeli binatang ini sebagai korban". Niat bagi yang belum memiliki binatang korban: “Demi Allah ke atasku (menyembelih) binatang korban” atau; "Demi Allah, ke atasku menyembelih seekor kambing" atau; "Jika aku memiliki seekor kambing, maka ke atasku berkorban dengannya" atau; "Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada hari raya Haji nanti". | Semasa menyembelih haiwan akikah: Dengan nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah akikah (fulaan). fulaan= nama akikah anak yang ingin diakikahkan |
Tujuan | Mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana kita melakukan ibadah solat. Ia juga untuk mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS. | Tanda kesyukuran di atas Allah SWT atas kelahiran cahaya mata. |
Hukum | Ibadah korban adalah sunat muakkad di mana ianya dituntut bagi individu yang mampu. Makruh bagi individu yang mampu tetapi tidak melakukan korban. | Hukum melakukan akikah adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan. |
Tuntutan untuk melaksanakannya | Dituntut untuk melaksanakannya setiap tahun. | Dituntut untuk melaksanakannnya sekali seumur hidup. |
Waktu | Pada 10,11,12,13 Zulhijjah iaitu selepas solat Hari Raya Aidiladha. | Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sekiranya berkemampuan. Ia juga boleh dilakukan pada hari ke-14 atau hari ke-21 kelahiran. |
Syarat-syarat |
|
|
Bahagian yang digunakan | Minima 1 bahagian. | Akikah anak lelaki adalah dua bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian. |
Pemberian daging | Sunat untuk diberikan kepada orang yang lain dalam keadaan mentah. Afdal diberikan kepada fakir miskin. | Sunat untuk disedekahkan kepada orang lain setelah dimasak. Afdal diberikan kepada fakir miskin. |
Semoga perkongsian ini dpaat membantu anda membezakan dengan lebih jelas bagi ibadah korban dan akikah!
Anda merancang untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini? Di ikhlasdotcom ada menyediakan platform untuk anda. Tidak perlu susah-susah, kami akan menghantar daging korban terus ke rumah anda! Ketahui maklumat lanjut di sini. Nak tahu lebih lanjut mengenai aqiqah? Hanya di hujung jari sahaja, anda boleh melakukan aqiqah dengan lebih mudah, berkualiti dan mesra poket. Daftar segera di sini!