7 Perbezaan Raya Aidiladha dan Aidilfitri

Hanan Latip

6/10/2024

_Template_images_for_blog_2.0-8.jpg

Hari raya Aidiladha dan Aidilfitri merupakan perayaan utama buat umat Islam di seluruh dunia. Tapi, apa perbezaan diantara dua perayaan ini? Jom baca artikel ini selanjutnya.

Aidiladha

Aidilfitri

Nama

Nama lain ialah hari raya haji, hari raya korban.

Nama lain ialah hari raya puasa, hari lebaran.

Waktu

Disambut pada 10, 11, 12,13 Zulhijah.

Disambut pada 1 Syawal.

Perkara Sunat Semasa Raya

Sunat tidak makan sebelum solat hari raya iaitu pada 10 Zulhijah.

Sunat makan sebelum solat hari raya iaitu pada 1 Syawal.

Solat Raya

Solat raya dipercepatkan bagi menyegerakan urusan sembelihan korban.

Solat raya dilambatkan bagi memberi peluang orang membayar zakat.

Takbir

Takbir Mursal/Mutlak bermula 1 Zulhijah. 

Takbir Muqayyad dikumandangkan selepas solat fardu bermula subuh 9 Zulhijah hingga asar 13 Zulhijah. 

Takbir dikumandangkan bermula maghrib 1 Syawal hingga selesai solat raya.

Sembelihan Haiwan

Sembelihan korban berlaku selepas khutbah raya hingga asar 13 Zulhijah.

Sembelihan korban tidak berlaku.

Pelaksanaan Ibadah Haji

Ibadah haji boleh dilakukan bermula 8 Zulhijah hingga 13 Zulhijah.

Tiada ibadah haji dikerjakan.

Anda merancang untuk melakukan ibadah korban pada tahun ini? ikhlas.com ada menyediakan platform untuk anda. Tidak perlu susah-susah, kami akan menghantar daging korban terus ke rumah anda! Ketahui maklumat lanjut di sini.