6 Tanda Rezeki Berkat Walaupun Gaji Kecil

Hanan Latip

5/27/2024

 Template images for blog 2.0.png

Syeikh Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahtani ada menyebut, rezeki yang baik ialah rezeki yang halal. Hal ini kerana, dalam mencari rezeki, ia mestilah daripada sumber yang halal. Rezeki yang datang juga tidak semata-mata daripada wang ringgit atau harta benda tetapi ia datang dari kesihatan yang baik, hati yang tenang, kelapangan waktu untuk membuat amal ibadah dan macam-macam lagi.  

Gaji kecil tidak membataskan anda untuk mendapat keberkatan gaji. Kerana dengan gaji kecil inilah mudah membentuk diri untuk bersifat syukur menyara diri dan keluarga. Nak tahu 6 tanda rezeki berkat walaupun gaji kecil? Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui maklumat lanjut!

6 Tanda Rezeki Anda Berkat

1. Menjadi Insan yang Pemurah

Amalan baik yang dilakukan secara konsisten, lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Begitu juga dengan amal ibadah yang seperti solat, sedekah dan zakat yang dilakukan mengikut waktu, lama-kelamaan pasti anda akan selitkan di dalam kehidupan seharian sebagai contoh, setiap hari anda melakukan solat sunat Dhuha dan setiap hari Jumaat pasti bersedekah kepada pihak masjid dan lain-lain perkara. Dari sini kita sedari bahawa rezeki yang dimiliki dari Allah Taala sebab itulah kita seronok memberi kepada orang lain juga. 

2. Memiliki Hati yang Tenang

Hati yang tenang sememangnya akan dikaitkan dengan keberkatan rezeki. Anda tahu tak kenapa? Hal ini kerana, rezeki yang diperoleh akan digunakan dan menjadi darah daging diri dan keluarga. Jadi, anda boleh cepat-cepat semak dan perbetulkan. 

Rezeki yang berkat akan membuatkan hati dan jiwa menjadi lebih tenang dengan izin Allah Taala. Hal ini kerana hanya Allah SWT yang berhak untuk memberikan ketenangan hati. 

3. Sentiasa Rasa Cukup Walaupun Sentiasa Memberi

Pernah tak kadang-kadang rasa cukup dengan apa yang kita ada walaupun hakikatnya duit yang ada tinggal sedikit? Kadang-kala, ada rezeki yang tidak disangka-sangka datang seperti jiran dtaang memberi makan atau rakan sekerja belanja anda makan. 

Kebaikan yang anda lakukan seperti bersedekah telah Allah Taala balas dengan rasa cukup dengan rezeki yang ada. Janji Allah juga untuk melipatgandakan pahala anda sebanyak 700 kali ganda atau lebih kepada sesiapa yang dikehendakiNya apabila kita bersedekah kerana Allah SWT.   

Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; dalam setiap tangkai itu ada seratus biji.

"Dan Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 261)

4. Mempunyai Keluarga Harmoni dan Bahagia

Mempunyai keluarga yang harmoni dan bahagia amatlah menyenangkan hati dan emosi kerana tidak mempunyai permasalahan seperti kerap bergaduh, sukar berkomunikasi, tekanan dari orang tua dan banyak lagi. 

Perkara ini kadang berpunca dari akarnya, iaitu cara kita mendapatkan rezeki tersebut. Adakah ia bercampur halal dan haram kerana melakukan rasuah? Atau tidak amanah ketika lakukan kerja? Anda boleh ambil masa sejenak untuk lakukan refleksi diri. 

5. Menjaga Waktu Solat dan Melakukan Amal Ibadah yang Lain

Ibadah yang dilakukan terasa mudah yang untuk dibuat dan dijaga adalah salah satu tanda rezeki yang diperolehi itu diberkati. Harus diingatkan, Allah SWT Maha Pemberi Rezeki, ia berkuasa untuk menjadikan rezeki dan mengurniakan kepada seluruh makhluk. Maka, laksanakanlah perintahNya seperti solat dan ibadah-ibadah sunat yang lain bagi menyelesaikan masalah kesempitan hidup dan rezeki. 

Allah SWT berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Surah al-Talaq: 2-3)

6. Orang Suka akan Kehadiran Kita

Anda pernah lihat individu yang mudah didekati dan disenangi oleh orang lain walaupun ke mana dia pergi? Ini adalah satu kesan positif yang dapat dilihat apabila rezeki kita diberkati. Kehadirannya tidak dicerca malah digemari, disayangi dan memberikan manfaat kepada orang lain. 

Doa Agar Mendapat Keberkatan Rezeki 

Doa_Agar_Mendapat_Keberkatan_Rezeki_.png

Turut kami kongsikan doa mendapat keberkatan rezeki sebagai amalan dan panduan semua.

Oleh itu, sama-samalah kita berusaha mencari rezeki yang berkat kerana Allah SWT tidak akan mengubahnya melainkan individu tersebut berusaha mengubah kehidupannya. Marilah kita melakukan pekerjaan dengan sebaik mungkin dan penuh amanah agar mendapat kehidupan yang penuh berkat dan ganjaran syurga dari Allah SWT di akhirat nanti.  

Kini, anda boleh bersedekah dengan mudah bersama Ikhlas.com kerana semuanya berada di hujung jari sahaja! Layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih di Apple App Store dan Google Play Store.