5 Tip Mengejar Keistimewaan 10 Malam Terakhir dan Lailatulqadar

Nurul Atikah Sarji

2/29/2024

10 Malam terakhir Ramadan, merupakan puncak bulan mulia ini dan Muslim dituntut untuk menggandakan amalan ibadah. Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar? 

Lailatul_Qadr_(3).png

Lailatulqadar merupakan satu malam yang amalan pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Tetapi, hanya Allah saja yang mengetahui berapa banyak kebaikan pada malam tersebut. Selain itu, Allah juga menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar, sebagaimana dalam firman Allah yang berbunyi:

Lailatul_Qadr.png

Selain itu, Allah juga telah berfirman, yang bermaksud:

Lailatul_Qadr_(1).png

Selain itu, diriwayatkan dalam satu hadis bahawa Rasulullah SAW apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Rasulullah bangun tahajud malam, mengikat ketat kainnya (simbolik kepada panjangnya ibadat baginda) dan mengejutkan ahli keluarganya untuk berqiamullail. 

Rasulullah juga bersabda bahawa:

Lailatul_Qadr_(2).png

Berikut adalah beberapa cadangan amalan yang boleh dilakukan dengan mudah oleh semua lapisan masyarakat:

1. Mengerjakan Ibadah Solat dan Membaca Al-Quran

Menghidupkan malam dengan menunaikan solat dan membaca Al-Quran adalah amalan penting. Rasulullah SAW menyatakan bahawa sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan akan diampunkan dosa-dosanya.


2. Membangunkan Ahli Keluarga

Mencontohi Rasulullah yang membangunkan ahli keluarganya setiap 10 malam terakhir Ramadan. Rasulullah biasa membangunkan keluarganya untuk bersama-sama melakukan ibadah dan menjauhi hubungan suami-isteri pada malam-malam tersebut.


3. Beriktikaf di dalam Masjid

Beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir dengan melibatkan solat, zikir, dan membaca Al-Quran dapat mendekatkan diri kepada Allah.


4. Berdoa Untuk Keampunan

Membaca doa istighfar dan meminta keampunan Allah pada malam Lailatul Qadar merupakan amalan yang dianjurkan. Rasulullah menyarankan untuk berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku."


5. Bersedekah dengan Keikhlasan

Melakukan sedekah dengan ikhlas pada malam Lailatul Qadar juga merupakan amalan yang sangat dianjurkan. Jika sedekah dilakukan pada malam tersebut, pahalanya dapat dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.


Mudah-mudahan, dengan melakukan amalan-amalan ini, setiap individu dapat meraih keberkatan dan keampunan Allah pada 10 malam terakhir Ramadan.