4 Tip Tetap Makan Ubat Semasa Puasa

Hanan

2/28/2024

Individu yang ada penyakit kronik atau sedang mengalami sakit disebabkan penyakit tertentu perlu peka dengan perkara ini kerana jika anda perlu makan ubat secara berterusan.  

Bagi anda yang memerlukan maklumat ini, anda perlu teruskan membaca kerana pakar kesihatan turut ada kongsikan mengenai pengubahsuaian ubat-ubatan di dalam bulan puasa bagi memudahkan urusan anda.

Tip_Tetap_Makan_Ubat_Semasa_Puasa.jpg

Hukum makan ubat

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa ialah pengambilan ubat jenis biji dan ubat minum. 


Panduan Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa

Anda boleh mengubah waktu pengambilan ubat apabila tiba bulan Ramadan dan berikut adalah cara-caranya:

ARAHAN PENGAMBILAN UBAT

MASA PENGAMBILAN

Sebelum Makan

Selepas Makan

1 kali sehari

  • 1 jam sebelum tidur
  • Selepas bersahur atau selepas berbuka

2 kali sehari

  • 1 jam sebelum bersahur

  • selepas berbuka (sebelum mengambil menu utama) ATAU 2 jam sebelum berbuka

  • Selepas berbuka

  • Selepas bersahur

3 kali sehari

  • 1 jam sebelum bersahur

  • Selepas berbuka (sebelum mengambil menu utama)

  • Sebelum tidur

  • Selepas bersahur & berbuka

  • Selepas berbuka

  • Sebelum tidur (telah mengambil makanan terlebih dahulu)

4 kali sehari

  • Anda perlu mendapatkan kebenaran dari doktor terlebih dahulu untuk mengubah pengambilan ubat. Ia juga bergantung kepada penyakit yang anda hidapi. Dinasihatkan untuk tidak berpuasa atau menggunakan ubat alternatif sekiranya ada.

Walaubagimanapun, anda boleh dapatkan konsultasi daripada doktor bagi mengesahkan lagi keadaan anda dan pengubahsuaian ubat-ubatan yang boleh diambil di bulan Ramadan.