4 Tip Penting Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Nurul Atikah Sarji

3/12/2024

Dalam kita menjalani ibadah berpuasa, terdapat beberapa golongan yang mendapat keringanan atau juga dipanggil sebagai rukhsah daripada melaksanakan ibadah, termasuklah golongan perempuan yang sedang mengandung dan menyusukan anak. 

Tip_Puasa_Bagi_Ibu_Menyusu.jpg

Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi, 

Tip_Puasa_Bagi_Ibu_Menyusu.png

Ketika membahaskan ayat di atas, Imam al-Syafie menjelaskan bahawa wanita yang hamil diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa, begitu juga bagi wanita yang sedang menyusu jika berpuasa boleh memudaratkan susunya dengan mudarat yang jelas, maka dibolehkan berbuka. 

Namun begitu, ramai ibu yang tetap ingin menyusukan bayi walaupun ketika berpuasa. Sebenarnya, kita semua perlu tahu bahawa pengeluaran susu ibu tetap berlaku semasa ibu berpuasa dan kualitinya tetap sama. Malah, sekiranya anda berpuasa walaupun sedang menyusukan anak, ini juga tidak akan mengganggu kesihatan bayi yang disusu. Bayi juga akan tetap akan memperoleh nutrisi yang cukup untuk pembesaran. 

Justeru, terdapat beberapa panduan bagi memudahkan para ibu menyusu ketika menjalani ibadah berpuasa: 

1. Gandakan pengambilan air ketika waktu tidak berpuasa

Tip_Puasa_Bagi_Ibu_Menyusu_(4).png

Pengambilan air yang cukup sangat penting bagi ibu menyusu bagi mengelakkan dehidrasi. Jadi, anda boleh minum 2-3 cawan air yang cukup pada waktu sahur dan berbuka puasa. Manakala, ibu menyusu juga disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya satu botol air setelah berbuka puasa. 


2. Amalkan ‘smoothie’ ketika sahurTip_Puasa_Bagi_Ibu_Menyusu_(1).png

Bagi menambah kalori yang cukup ketika sahur, pengambilan ‘smoothie’ sangatlah bagus untuk ibu yang sedang menyusu. Anda boleh membuat ‘smoothie’ daripada pelbagai buah-buahan atau sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral, baik untuk badan anda. 


3. Berbuka dengan jumlah makanan yang secukupnyaTip_Puasa_Bagi_Ibu_Menyusu_(2).png

Ibu menyusu perlu mengamalkan makanan yang sihat, dan seimbang. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk mengambil makanan terlalu banyak ketika berbuka dan kurangkan makanan bergoreng. Hal ini kerana, makanan bergoreng tidak memberikan sebarang nutrisi kepada anda dan juga bayi anda. Malah, anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan protein, sayur-sayuran dan karbohidrat bijirin yang penuh. Dan apa yang paling penting, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak, gula dan garam. 


4. Kerapkan penyusuan terus bersama anak 

Tip_Puasa_Bagi_Ibu_Menyusu_(3).png

Tip ini sangat penting terutamanya untuk bayi masih kecil. Pastikan posisi anak anda adalah betul. Setelah selesai menyusu, ibu digalakkan memerah susu badan sehingga susu habis dikeluarkan jika payudara masih penuh. Perah susu badan dengan kerap iaitu setiap tiga jam (6 hingga 8 kali), 20 hingga 30 minit setiap sesi untuk kedua-dua belah payudara. Dan apa yang lagi penting adalah, jangan stres lagi ya ! 

Semoga tip ini bermanfaat buat para ibu yang sedang menyusu. Selamat berpuasa!