13 Amalan Selawat untuk Kebaikan Melimpah

Ayu Nadirah

1/29/2024

Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang dituntut yang mengakui kerasulan Nabi, memohon kepada Allah memberi keutamaan, kemuliaan, selain mengakui dan mengikuti kebenaran ajaran Baginda. Ia bukan sahaja memberi manfaat kemuliaan buat Baginda, malah besar ganjarannya buat umat Nabi yang gemar basahkan bibir dengan berselawat. 

Kemuliaan Rasulullah terzahir apabila Allah dan para Malaikat turut berselawat kepada Baginda, sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Ahzab ayat 56: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadaNya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Amalan_Selawat_untuk_Kebaikan_Melimpah.jpg

Di sini, kami kongsikan beberapa selawat yang boleh anda amalkan setiap hari yang dengannya hadir kebaikan besar untuk dunia dan akhirat.

1. Selawat Munijah (Penyelamat)

Elok diamalkan selepas selesai solat fardhu dan boleh dijadikan sebagai wirid harian. Amalan ini diharapkan dapat melindungi diri daripada segala bala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada saat-saat genting.

Selawat_Munijah2.png

2. Selawat Tafrijiyah

Diamalkan 11 kali selepas setiap solat fardhu, 41 kali selepas solat Subuh  atau 313 kali setiap hari. Fadilatnya mustajab segala doa, meluaskan rezeki, dijauhkan bahaya dan menghilangkan segala dukacita.Selawat_Tafrijiyah.png

3. Selawat Al-Fatih

Ia menjadi amalan waliyullah agung, Sheikh Abdul Qadir Jailani. Diamalkan sebanyak mungkin setiap hari. Insyaallah tercapai segala hajat, dihilangkan kesusahan dan menolak perkara buruk. 

Selawat_Al-Fatih.png

4. Selawat Nur

Selawat ini juga dikenali sebagai Selawat Badawi. Dengan menjadikan selawat ini sebagai amalan harian, insyaallah akan diluaskan rezeki, ditunaikan hajat dan dijauhkan segala bala bencana.

Selawat_Nur.png

5. Selawat Memohon Akhlak Terbaik

Selawat_Memohon_Akhlak_Terbaik.png

6. Selawat Dikabulkan Hajat

Elok dibaca 100 kali sehari untuk dikabulkan segala hajat dan juga permintaan.

Selawat_Dikabulkan_Hajat.png

7. Selawat Dijauhkan Penyakit dan Kesulitan

Selawat_Dijauhkan_Penyakit_dan_Kesulitan.png

8. Selawat Menolak Wabak dan Kecelakaan

Selawat_Menolak_Wabak_dan_Kecelakaan.png

9. Selawat Mendapat Tempat di Sisi Rasulullah

Selawat ini sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kerana dengan amalan ini, seseorang itu akan ditempatkan di sisi Baginda di dalam syurga kelak.

Selawat_Mendapat_Tempat_di_Sisi_Rasulullah.png

10. Selawat Menghapuskan Dosa

Selawat_Menghapuskan_Dosa.png

11. Selawat Syifa (Kesembuhan Penyakit)

Selawat_Syifa_(Kesembuhan_Penyakit).png

12. Selawat Menguatkan Daya Ingatan

Hendaklah diamalkan antara waktu selepas solat Maghrib sehingga waktu Isyak mengikut bilangan yang dikehendaki. Insyaallah dapat membantu untuk tidak lupa ayat-ayat suci Al-Quran, doa atau ilmu yang dihafal.

Selawat_Menguatkan_Daya_Ingatan.png

13. Selawat Jalilah

Selawat ini sesuai dibaca selepas menunaikan solat sunat hajat.

Selawat_Jalilah.png

Selamat berpuasa!