Hukum Akikah untuk Anak yang Telah Meninggal Dunia?

Hanan Latip

5/21/2024

IMG_7928.jpg

Setiap ibu bapa pasti menantikan untuk melakukan ibadah akikah selepas kelahiran anak yang dinanti sebagai menzahirkan rasa gembira. Tetapi, bagaimana pula dengan anak yang telah meninggal dunia? Bolehkah ibu bapa melakukan akikah dan apakah hukum akikah untuk anak yang telah meninggal dunia? 

Bagi menjawab persoalan ini, menurut Mufti Wilayah Persekutuan ada 4 situasi yang boleh dikupaskan.

Pertama, janin gugur setelah tempoh empat bulan atau lebih, maka disunatkan akikah ke atasnya. Hal ini kerana, kandungan tersebut telah ditiupkan roh. Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Mazhab Syafie menyatakan, sunah dan perbincangan itu juga disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk. 

Seterusnya, akikah tidak disunatkan untuk dilakukan jika janin gugur sebelum cukup tempoh empat bulan. Ini kerana, ia diibaratkan sebagai objek.

Situasi ketiga jika seorang anak dilahirkan kemudian meninggal dunia sebelum sampai hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan akikah ke atasnya mengikut pendapat yang rajih (kuat) di antara empat mazhab.

Situasi terakhir di mana, seorang anak yang dilahirkan kemudian meninggal dunia setelah berlalunya tempoh tujuh hari dari tarikh kelahirannya dan setelah dia (ibu bapa) berkemampuan ke atasnya (melaksanakan akikah), maka tetap disunatkan juga untuk akikah ke atasnya berdasarkan kepada pendapat yang paling sahih dalam mazhab.

Diharapkan perkongsian di atas membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas mengenai soal jawab akikah. Bagi yang tidak mengetahui, ikhlas.com menawarkan khidmat menguruskan akikah bagi pihak anda. Hanya empat langkah mudah di hujung jari sahaja, anda boleh melakukan akikah dengan lebih efisyen, berkualiti dan mesra poket tanpa perlu mengeluarkan wang lebih untuk majlis. Daftar segera di sini!