Uniknya Kopi Telur Vietnam! Tapi Tak Hanyir Ke?

Ayu Nadirah

7/17/2024

Uniknya_Kopi_Telur_Vietnam!_Tapi_Tak_Hanyir_Ke.png

Siapa yang pernah ke Vietnam mesti tahu akan kewujudan Kopi Telur Vietnam. Pada awalnya mungkin kopi ini terdengar agak pelik dan anda pasti tertanya-tanya kenapa ia diberi nama telur? Untuk pengetahuan anda, di Vietnam, kopi ini dipanggil Ca Phe Trung yang mempunyai rasa dan aroma kopi yang kuat, ditambah dengan rasa lemak berkrim daripada telur.

Kopi Telur Vietnam dihasilkan dengan memukul telur kuning bersama susu pekat sehingga ia menjadi lembut, gebu dan berkrim. Ada juga yang menambah sedikit gula ke dalam campuran telur ini. Kemudian ia dituang terus ke atas espresso panas atau kopi ais untuk dinikmati.

Krim telur ini mempunyai rasa berlemak dan tidak terlalu manis. Kopi Vietnam pada bahagian bawah pula menjadi gabungan yang sesuai kerana rasanya yang agak pahit. Kopi Vietnam amat terkenal dengan rasa pekat dan pahit, jadi dengan penambahan telur dan susu pekat, ia memberi rasa yang unik iaitu paduan rasa pahit, manis dan berlemak yang enak. Minuman ini sesuai untuk anda yang suka menikmati kopi kaw dengan sedikit rasa tambahan manis berkrim.

Kopi_Telur_Vietnam.png

Anda boleh lihat cara penyediaan Kopi Telur Vietnam seperti di bawah:

Dapatkan pengalaman mencuba menu yang unik di negara lain tanpa risau tentang makanan yang halal! Kami memahami bahawa mencari pilihan halal boleh menjadi cabaran, terutamanya apabila pergerakan anda terhad akibat kos pengangkutan yang mahal. Oleh itu, sertai pakej kembara kami di ikhlas.com Travel. Kami akan memastikan anda menikmati hidangan yang autentik dan sesuai dengan keperluan anda, sambil meneroka pelbagai budaya dengan selesa dan berpatutan. Ambil langkah pertama untuk pengalaman gastronomi yang tidak akan dilupakan! Semak sini!