Keberkatan Air Zamzam Yang Tidak Pernah Habis
Hanan Latip
3/5/2024
Tahukah anda, zamzam mempunyai lebih daripada 50 nama seperti Barrah (kebaikan), Madhmunah (yang berharga), Taktumu (yang tersembunyi), Hazmah Jibril (galian Jibril), Syifa’ Suqim (ubat penyakit), Syarab al-Abrar (minuman orang-orang baik), Tayyibah (yang baik) dan lain-lain.
Buat sesiapa yang kurang mengetahui mengenai air zamzam, air zamzam merupakan telaga yang diletakkan di Masjidil Haram, Mekah. Air zamzam juga merupakan penghulu segala air. Dalam bahasa Arab, ia memberi makna banyak atau melimpah. Bersesuaian dengan maknanya, air zamzam sangat banyak dan melimpah ruah walaupun telah diambil airnya selama bertahun-tahun.
Mari kita renungi bersama di sebalik keberkatan air zamzam, terdapat kisah menarik yang berlaku.
![Keberkatan_Air_Zam_Zam_yang_Tidak_Pernah_Habis.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt15261b698c630d50/67067df8f2fbee6e7fe6029f/Keberkatan_Air_Zam_Zam_yang_Tidak_Pernah_Habis.png)
Kisah Air Zamzam
Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya, Siti Hajar atas sebab perintah Allah SWT ke atas Nabi Ibrahim AS. Pada waktu itu, Siti Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaga kerana mereka telah kehabisan air. Siti Hajar kekal tidak berputus asa berjalan antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali sambil berdoa kepada Allah SWT. Hal ini kerana, Siti Hajar masih tidak menjumpai sumber air.
Sejurus tiba semula ke tempat Nabi Ismail ditinggalkan, Siti Hajar terkejut kerana ada air yang terpancar berhampiran dengan anaknya dan segera menadah air dan berkata “tazammami” (tazammu) agar air itu tidak melimpah keluar. Dengan segera beliau minum sehingga kenyang dan dapat menyusui Nabi Ismail kembali. Kemudian, Siti Hajar menamakan ia sebagai Telaga Zamzam.
Kisah ini diceritakan di dalam sahih al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA:
![6.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt17cc10137e79fa57/65e68ab955b8c622c6a1422e/6.png)
![7.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt3b027abaca13156f/65e68ab9396ebb439407f24c/7.png)
Betul ke Air Zamzam Ada Kelebihan?
1. Air Terbaik di Dunia.
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
![Kelebihan_Air_Zamzam.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blte31edbd0b37a54a1/65e68b5effa94a2a6a3d5b83/Kelebihan_Air_Zamzam.png)
2. Mengenyangkan Bagi Sesiapa yang Meminumnya.
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
![Kelebihan_Air_Zamzam_(2).png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt47ceb7dc6c3e98e3/65e68b9331aca17fa77f0e93/Kelebihan_Air_Zamzam_(2).png)
3. Penawar Kepada Penyakit.
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
![Kelebihan_Air_Zamzam_(3).png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt08ebd7d94af7bcaa/65e68bb80f1d351b6bca688c/Kelebihan_Air_Zamzam_(3).png)
4. Air Yang Digunakan untuk Mencuci Hati Nabi Muhammad SAW.
Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
![Kelebihan_Air_Zamzam_(4).png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/bltec8f05e3d05ff205/65e68bd331aca12cd07f0e9b/Kelebihan_Air_Zamzam_(4).png)
5. Terkandung 4 Bahan Berkhasiat
Air zamzam mengandungi kalium, kalsium, magnesium dan natrium. Adanya kalium dan magnesium di dalam air zamzam dapat mengembalikan kesegaran dan memulihkan tenaga yang terjejas akibat keletihan dan gangguan penyakit. Kandungan ini juga tinggi berbanding air-air biasa.
Sehingga kini, air zamzam terus mengalir dan tidak pernah kering. Air zamzam kini telah dieksport ke beberapa negara dan dapat dirasai oleh manusia seluruh dunia. Oleh sebab itulah, bagi sesiapa yang mengerjakan umrah atau haji, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang air zamzam.
BACA:
4 Jenama Pek Makanan Travel Yang Anda Mesti Bawa
Pertama Kali Travel Solo ke Jepun? 5 Tip Mudah Ini akan Buatkan Anda Makin Tak Sabar!