Jom Cuba Makanan di Gate 333 Masjid Nabawi!
Hanan Latip
5/23/2025
Bumi Madinah terkenal dengan Gate 333 Masjid Nabawi yang membawakan aneka makanan enak dari pelbagai negara. Anda boleh dapatkan aiskrim ros, aiskrim kurma ajwa, pasta, kunafa, samosa dan banyak lagi hidangan yang sesuai dengan selera. Di sini kami senaraikan antara makanan yang mesti anda cuba di sepanjang kedai makan kecil keluar sahaja dari Gate 333 Masjid Nabawi.
Aiskrim ros di kedai Medina Goodness
Aiskrim ajwa di kedai Ajwa Ice Cream
Kunafa di kedai Kunafa & Arabic Coffee
Samosa di kedai Afghanistan Food
Shawarma di kedai Saraya Istanbul
Pelbagai jenis jus di kedai Juice Farm
Kopi dan teh ala orang Arab
Variasi makanan Malaysia, Indonesia, Cina dan Itali
Tidak dilupakan, anda juga boleh singgah ke kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai barangan menarik yang boleh dibawa pulang ke tanah air seperti sejadah, wangian fabrik, mug coaster dan tasbih. Kalau berminat, anda bolehlah singgah ke kedai bernama Traces of Madina!
Sekitar kawasan ini terdapat banyak meja dan kerusi makan. Anda boleh menjamu selera sambil menikmati udara nyama bumi Madinah sementara menunggu masuk waktu solat. Apa yang lebih menarik, di sini juga anda boleh menyewa basikal iaitu Careem Bike untuk bersiar-siar di lokasi berdekatan. Waktu malam menjadi kemuncak yang menyaksikan kehadiran ramai pengunjung yang makan, bergambar dan membeli-belah.
Sambil fokus beribadah di Madinah, tiada salahnya untuk meneroka tempat makan menarik yang ada di sini, bukan? Selain makan-makan, anda boleh juga jelajahi kota Madinah dengan menaiki bas dua tingkat. Panduannya boleh anda dapatkan di sini Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat.