Terokai 4 Kedai Makan Indonesia di Sekitar Chow Kit, KL
Hanan Latip
10/7/2024
Kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal dengan pasar tradisional dan suasana jalanan yang sibuk, tetapi juga menjadi syurga bagi pencinta makanan dari pelbagai budaya. Salah satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan di sini adalah deretan kedai makan Indonesia yang menyajikan aneka hidangan autentik dari negara seberang. Daripada menu nasi padang yang kaya dengan variasi lauk pauk, sehinggalah kepada soto dan bakso yang menggamit selera, barisan kedai makan ini menawarkan pengalaman kuliner yang tidak dapat dilupakan. Dalam artikel ini, kita akan explore 4 kedai makan Indonesia terbaik di sekitar Chow Kit yang wajib anda cuba.
1. Restoran TAR Sido Mampir
Restoran Tar mempunyai tiga cawangan di mana dua restoran berada di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor. Kedai ini antara kedai yang viral dan mendapat sambutan dari kalangan anak rantau Indonesia dan penggemar makanan untuk merasainya! Dihidangkan dengan bakso beracun, mie ayam, teh botol dan alpukat cukup membuatkan anda kekenyangan setelah makan bakso yang sedap, mie ayam pekat dan cukup rasa, diakhiri dengan teh botol dan alpukat yang manis dan lazat.
Alamat: 522, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi hingga 12 tengah malam (Setiap hari)
2. Food Tunnel
Tidak jauh dari Restoran TAR, anda boleh pergi ke Food Tunnel untuk mencuba hidangan Indonesia yang lain. Di sini kami mencuba cilok dan es teler sebagai kudapan.
Apabila panas-panas ni anda makan buah alpukat (atau avocado), kelapa muda, dan nangka bersama ais batu ditambah santan yang ada di dalam es teler sudah tentu akan melegakan tekak anda. Rasa lemak manis buah-buahan semuanya akan terasa enak dan dingin saja. Bersama hidangan simple seperti cilok yang dihidangkan bersama kuah kacang, kicap manis, sos cili sambal ataupun sup.
Alamat: Bersebelahan Hotel Travel inn, 38-B, 38 A, Jalan Chow Kit, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam (Setiap hari)
3. Martabak Ningrat
Di Indonesia, apam balik dikenali dengan martabak manis dan martabak terang bulan. Rupanya hampir sama saja tetapi isi martabak didatangi dengan pelbagai jenis filling seperti martabak telur daging, martabak telur ayam, martabak coklat & kacang, martabak cheese & corn, martabak ovomaltine & cheese, martabak lotus biscoff dan macam-macam lagi.
Tiba saja ke kedai Martabak Ningrat, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba martabak coklat keju dan martabak telur daging. Umph lazatnya!
Alamat: 63, Jalan Raja Bot, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 1 petang hingga 8.30 malam (Selasa hingga Ahad kecuali Jumaat) 1 petang hingga 6 petang (Jumaat) (Isnin tutup)
4. Roti Bakar Bandung
Roti bakar ini merupakan sebuah hidangan istimewa yang disapu dengan mentega atau marjerin dan inti pelbagai perisa sebelum dibakar dan diletakkan manisan di atasnya. Hidangan ini antara makanan sarapan dan makanan jalanan yang dikenali di negara seberang.
Alamat: Restoran Hj. Nowo, No. 488, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 8.30 malam (Isnin - Jumaat) 10 pagi hingga 10 malam (Sabtu - Ahad)
Jom tonton di youtube ikhlas.com mencuba makanan Indonesia dengan bajet RM100!