Santapan Lagenda: Menghidupkan Rasa Tradisi di Ramadan
Marini Mat Zain
2026-02-11
Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk kembali menghargai akar budaya, kenangan lama dan nikmat bersama keluarga di meja makan. Tahun ini, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan Ramadan dengan bufet berbuka bertemakan Santapan Lagenda, sebuah pengalaman berbuka puasa yang meraikan warisan kulinari Malaysia, seni masakan api terbuka, serta keindahan berkongsi hidangan bersama insan tersayang.
Bertempat di Makan Kitchen, bufet ini bukan sekadar sajian makanan, tetapi satu perjalanan rasa yang diinspirasikan daripada resipi-resipi kampung yang diwarisi turun-temurun serta suasana gotong-royong dalam penyediaan hidangan. Tetamu bakal disambut dengan aroma rendang yang mereneh perlahan, desiran panggangan di atas api terbuka, serta warna-warni hidangan serantau yang membangkitkan selera.


Kami sarankan anda mencuba Chef Zul’s Singnature Sup Kawah, Steamed Barramundi Fish Nyonya Style dan Ayam Golek Berempah. Bagi kami, Beef Hammer with Rojak Glaze dan Seafood Okonomiyaki with Bonito Flakes paling enak dibibir. Namun, Sambal Udang Galah dengan Petai paling enak dan wajib cuba.
Setiap sajian disediakan dengan teliti oleh barisan cef berpengalaman, mencerminkan semangat tradisi, komuniti dan keberkatan Ramadan. Daripada hidangan kawah yang nostalgik hinggalah ke stesen daging yang menyelerakan, keseluruhan ruang makan dihidupkan dengan suasana mesra yang mengingatkan kita kepada kenangan berbuka puasa bersama keluarga suatu ketika dahulu.
Menambah makna kepada pengalaman ini, RM1 daripada setiap pembelian akan disalurkan kepada Kechara Soup Kitchen sebagai usaha menyokong komuniti yang memerlukan, satu sentuhan ihsan yang selari dengan semangat menderma di bulan mulia.

Butiran Acara
Tarikh: 18 Februari – 19 Mac 2026
Waktu: 6.30 petang – 10.00 malam
Tempat: Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Harga:
Ahad-Rabu: RM209 nett (dewasa) | RM105 nett (kanak-kanak)
Khamis-Sabtu: RM229 nett (dewasa) | RM115 nett (kanak-kanak)