Santai Sekitar KL & Singgah di Pucks Coffee
Ayu Nadirah
7/13/2024
![Pucks_Coffee.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt424e0a44264db130/6692a906fbce317811239889/Pucks_Coffee.png)
Kesibukan kota Kuala Lumpur bertambah meriah dengan kehadiran sebuah kafe baharu diberi nama Pucks Coffee! Kafe berkonsepkan raw minimalis ini tampil serasi dengan mood anak muda yang selesa menghabiskan masa menjamu selera dan menikmati aroma kopi bertemankan suasana chill, ala-ala bersantai seperti di rumah sendiri. Dekorasinya tidak berat dan keterlaluan. Mereka bijak dalam menggabungkan susun atur perabot yang mengisi setiap sudut juga ruang, selain sofa empuk dengan padanan rona pelbagai. Begitu juga dengan elemen dekorasi eksentrik dari kedai barangan terpakai yang unik, semua ini menerima inspirasi daripada work loft Metahaiku, Los Angeles.
![Pucks_Coffee_2.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt4c0a512ec5392868/6692a91a06a67433d9c58bb4/Pucks_Coffee_2.png)
Tidak sah kunjungan ke Pucks Coffee kalau anda tidak merasai keunikan kopi yang ditawarkan di sini. Anda boleh melihat sendiri mereka sediakan kopi di kaunter kopi terbuka. Selain itu, anda juga boleh memesan makanan seperti grilled cheese, aneka kek dan sebagainya. Bukan sekadar makan-makan di sini, anda boleh juga singgah untuk work from cafe atau lepak bermain board game dengan teman rapat!
Apa yang menariknya lagi, Pucks Coffee sentiasa menawarkan menu yang berbeza pada setiap hujung minggu dengan mengetengahkan konsep kitchen takeover bagi membuka peluang kepada pelanggan merasai pelbagai makanan yang pastinya lazat! Ikuti akaun instagram Pucks Coffee untuk mengetahui menu terbaru mereka.
Jangan risau, lokasi kafe ini terletak strategik bersebelahan dengan kawasan parkir terbuka yang agak luas. Jadi anda tidak perlu susah-susah fikir nak letak kereta di mana. Hanya datang dan enjoy the vibe!
![Pucks_Coffee_3.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt686fd351f78486b6/6692a92905282f0500b205ca/Pucks_Coffee_3.png)
![Screenshot 2024-07-16 at 1.04.34 PM.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt7cb92ab115990bda/669602bb6c1019c71e396c76/Screenshot_2024-07-16_at_1.04.34_PM.png)
![Screenshot 2024-07-16 at 1.04.13 PM.png](https://images.ikhlas.com/v3/assets/blt2a130c768c36b9df/blt4add9b8a9503af44/669602bb77d069636c6a5738/Screenshot_2024-07-16_at_1.04.13_PM.png)
Alamat: Back Portion, 180, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 tengahari - 12 malam